foto yang menggambarkan keadaan di jepun ketika tsunami
Salam Alaikum
beberapa hari ni, dunia kita disergah dengan berita kejadian tsunami yang mengganas di perairan jepun, dengan lingkaran yang berputar jelas di tengah laut yang mengerikan. saya sendiri berdebar melihat keadaan ini. seakan-akan merasai apa yang sedang berlaku. subhanallah.
betul, berita ini telah mendiamkan sekejap kisah Gaddafi dan konco-konconya.
pelik bukan. sebelum ini, kita dilaung-laungkan oleh jepun, bahawa mereka ada sistem untuk mengesan tsunami dengan lebih hebat berbanding negara lain. yang dulunya dipercayai boleh mengelakkan orangorangnya terkorban. tapi, sekarang kita lihat. berapa orang yang telah terkorban.
sememangnya, Allah tersangatlah Maha Besarnya. tidak ada satu sistem pengesan yang mampu mengesan kuasaNya, nak ambil langkah alert siket pun tak sempat. sehebat mana pun ciptaan manusia, tidak akan pernah sekali dapat melawan Pencipta Manusia itu sendiri. Kalau kita lihat tsunami tahun 2006 dulu, sampai sekarang orang masih mencari-cari apa sebabnya Tuhan memberikan bala sebegitu. ada yang mengatakan, tempat itu, adalah tempat maksiat. ada juga cakap, sebab umat Islam situ tak bersatu. entah lah. saya pun tak tahu. Tuhan tahu apa yang Dia buat, apa sebabnya. kita manusia tak akan pernah tahu, walau sekalipun. tapi kita hanya boleh merasai hikmahnya. kan?
begitu juga dengan hidup kita ini. Tuhan lakukan macammacam untuk kita. Plan dah lengkap serba serbi tertules dekat Luh Mahfuz sana. Kita tak pernah tahu apa sebabnya segala apa yang telah kita lalui sebelum ni, tapi seperti saya cakap tadi lah. manusia hanya boleh mengecap hikmah, tapi tak akan pernah tahu apa sebabnya Dia tetapkan begitu.
sabarlah penduduk jepun. akan ada pertolongan dariNya nanti.
p/s: kadang-kadang mata memandang manusia yang lalu lalang di hadapan, tetapi tidak pasti apa yang dirasai di dalam hati. masih cuba berfikir.