Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
mari berdoa. jangan pernah sombong denganNya. :)
oh. saya akui, sangat susah untuk menjaga hati. hati yang hanya segumpal ini sering sahaja goyah. ingatkan diri sudah tenang, tapi masih ada yang mahu menggoyah. sebab itu lah, orang cakap, tidak senang untuk berada di atas jalanNya. pasti ada sahaja yang ingin berpaut, membuatkan kita kembali terpanggil kebelakang, cuba untuk berpusing, akhirnya jatuh, dan sudah tidak nampak jalan sebenar yang ingin dilalui. kembali untuk mencari, terjumpa. tetapi samar, dan tidak seperti dahulu lagi.
saya cuba untuk tidak mengintai masa lalu. saya cuba untuk menjadi seperti apa yang manusia lain melihat saya. saya sebagai seorang manusia. biarpun di dalam otak saya separuh manusia, separuh binatang. tidak seronok menjadi seperti otak saya. hati sentiasa lapar, fikiran tak menentu. memandang sesiapa sahaja dengan ingin menerkam. tidak aman. ya. tidak aman. sangat-sangat.
susah untuk meninggalkan sikap lama. biarpun hati tak nak, tetapi dalam fikiran selalu saja ada ruang kosong. kadang-kadang terasa diri ini bodoh. diberi akal untuk berfikir untuk memilih, beza mana baik dan buruk. tetapi susah. malah lebih suka untuk memilih jalan yang menipu itu. biarpun yang jelas terang benderang berada di depan mata. jelas sampai memedihkan mata. tapi masih. memilih jalan yang sesal. *senyap*
sekali lagi. tidak senang untuk berada di atas jalanNya. perlu asa diri yang teguh dan mantap. hati yang perkasa. semoga Allah kekalkan kita di dalam hidayahNya. semoga Allah mengurniakan kekuatanNya yang sangat lah Maha Besar itu kepada kita. walau secebis.
harap diri ini kuat. sampai mati.
"Allah's guidance is everywhere. all you need to do is seek for it. once you had it, never let it go!"
"ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau Berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakan lah kepada kami rahmat dari sisi Mu. sesungguhnya Engkau Maha Pemberi"
Ali Imran:8
sesungguhnya hidayah yang kita mimpikan itu, sememangnya milik Dia. Hanya Dia.
