Monday, January 03, 2011

Pengalaman Seorang Doktor

Salam alaikum.


hari ini, boleh lah dikatakan sepanjang hari ni, saya rasa saya terpikir akan satu perkara yang menarik minat saya. kenapa saya rasa ayat saya skima? ah. abaikan.


baca baca baca



beberapa minggu ni, saya ada la baca blog senior saya, Dr Azzad. dia ada la citerciter pasal pengalaman dia sebagai seorang HO. macammacam lah. korang suma boleh bukak sediri blog beliau di sini, untuk baca sediri. tapi kali ni, saya bukannye nk promote blog beliau (ad la sikit2.. terpromote), tapi saya tertarik ngan satu kesah beliau ni.


korang baca ni yea:


Saya teringat ketika saya on-call seorang di wad antenatal pada suatu malam. Masuklah seorang pesakit gadis muda(pelajar di universiti tempatan) daripada wad medikal. Asalnya datang kerana mengadu kembung dan sakit perut. Kemudiannya didapati beliau sebenarnya mengandung 9 bulan dan berada pada latent phase of labour

Namun yang saya ingat dengan jelas adalah apabila emak ayahnya(sudah tua) datang gegasdaripada kampung untuk mengetahui kemudiannya bahawa anak mereka mengandung anak luar nikah. Emaknya hanya mampu menangis sahaja dan tidak mengucapkan sepatah perkataan pun. Saya kagum dengan ayahnya, yang saya sangka akan memarahinya, sebaliknya bercakap baik dengan anaknya. Begitulah kasih sayang mereka. 

(dicopy boolat2 dari blog beliau, termasuk lah saiz font yang berbagai2 dengan bold, italic dan sebagainye)


ihsan google. tengok jelah.


saya cam tertarik lah dengan kesabaran ayahnya itu. tak ramai yang mampu buat camtu. tau je anak perempuan cam berlaku camtu, mula lah bercakap dengan bahasa maki hamun, pelempang, dan dijamu dengan terajang segala bagai. dua-dua redha apa yang berlaku. yelah, sebab setiap apa yang berlaku, semuanya daripada Allah. Dia yang Menetapkan setiap segala sesuatu. lagipun, menda dah berlaku, amek pengajaran, dan cari jalan penyelesaian. tu yang terbaik. cakap memang senang, nak buat tu susah.





ha'ah. da betol da tu korang baca. PATIENCE.


lepas tu lepas tu, saya ada la buat lompatan blog (blog-hopping), dan terjumpa la blog sorang akhowat ni. dia ada buat entry tentang "41 kelebihan wanita Islam". dalam banyakbanyak kelebihan tu, mata saya cam terpanar (terpanar la sangat) dengan kelebihan no bape entah. yang bunyiknya macam ni.

Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

woah. mantabmantab. macam kebetulan la pulak. tengoktengok. Allah Menjanjikan nikmat yang besar kepada hambahambaNya yang diujiNya. dugaan yang besar, setimpal lah dengan nikmat yang dianugerah, kan?

andai saya diuji sebegitu kelak, diharapkan saya mempunyai hati yang kental untuk menghadapinya. walaupepun, nauzubillah. mintak jauh. amin.

p/s: insyaAllah pak cik tu mendapat apa yang setimpal dengan yang diahadapinya.
p/s/s: tapi x tau la tu, kot2 beliau kontrol sebab dekat ospital, tapi dekat umah lain cter jadinya. husnuzon. wallahualam. insyaAllah tak.