Monday, August 30, 2010

Visa La Vida

kelip kelip. tengok bintang di langit russia yang terbentang meluas seluas luasnya, sampai tak cukup mata nak tengok, kene panggil sorang lagi untuk tengok. sebenanye, xde ape pun dengan langit tuh. tengok sebab bosan.ugh. ok! ekceli, aku nak mengumumkan, yang aku dah sampai dekat russia yang tercinta nih! (ok, abaikan perkataan 'tercinta' tu). aku da duk cni da 6 hari dah. cuma malas la nak update.


kerusi ni, kalau letak kat dapur umah aku pun stylo. boleh makan sambil mengiring, pastu ada orang suap anggur.. macam orang greek plak. (takde kaitan)

malam2 lepas terawih, duk atas kerusi, tak ada wat apapa, sambil letak headfon kat kepala tanpa men lagu apapa sambil gak minum white coffee keluaran Incik Nescaffe. dengar citer, dalam iklan, kopi ni la yang wat tuan umah tak sedar pencuri masuk umah dye, sebab sedap sangat. meh tengok sket rupe kopi yang dikatakan sedap tuh.



hah! betol la nih. ni la dye kopi tuh.

(sambil2 tulis ni, tibatiba dengar lagu kak katy perry ngan abang timbaland if we ever meet again. secara otomatik jari ni tiba2 gerak. layan gitu.. auww~)

tadi, sambil melompatlompat blog (blog-hopping), singgah la kat blog cek mek aina ni.. beliau cerita la yang beliau main ragbi depan bilik pendaftaran visa tuh, dengan kene himpit nye, kene gasak, kene siku, kene smackdown cam The Rock..




aku plak lain la plot dan jalan penceritaannye.. aku takde la berhempas pulas cam sahabat kita tuh. aku pergi 25 haribulan, sampaisampai jek, bukak pintu je, terus da nampak orang beratur panjang. masa tuh da pkol 1030 pagi. orang depan2 tu cakap, ada manusia2 yang mai pkol 8 pagi tadi pun taboley wat lagi. (whatthe motherfather tol..)

 huh! ni taley jadik nih. memang masa tuh, mulut aku, berbuih, bukan lagi dengan zikir2 (ecece...). mase tuh, aku tak putus2 kutuk2 russian. lembab sangat. memang tuutt lah.. dah la tuuttt!! tuuttt plak tuh. lepas tuttt!! da la otak cam tuttt!! memang tuuttt!! ah. huh! (ada beberapa perkataan yang tak sesuai disebut depan kanak2 terpaksa di sensor kan). lepas penat mengutuk, balik umah. sampai umah, solat zohor, terus landing. penat mengutuk sampai tetido. ish2..kurus pose.

behave your mouth please. thank you.


tapi an, air liur kutukan tidak tempias ke orang lain begitu sahaja. kitorang ada bincang2 beberapa solutions(haa.. besar gituuu..) untuk tangani masalah beratur yang kronik, dengan acara potong memotong barisan lagi oleh manusia2 yang ngeng untuk wat visa.

1) bukak kaunter pendaftaran banyak2. kalau boley, setiap batch, satu kaunter.
2) bukak satu dewan besar, dimana nampak lebih lega dan sistematik. (ye ke?)
3) wakilkan kepada ketua group untuk wat visa. kalau x ckup gambar, pinjam je gambar ketua group.
4) satu orang cikgu, amek, kutip2 suma borang nak wat visa, pastu suh plajar balik. susahkan cikgu plak.
5) wat pendaftaran secara online (eh?)


yay! pendaftaran online memang mudah. 
bukan tu saje, malah dapat pakai baju merah,posing depan kamera, sambil jari tak tahu tekan ape.

alhamdulillah. plan kitorang nak pergi uni awal pagi untuk dpt tmpat terawal keesokan harinya menjadi, apabila tiada satu pun antara kami yang overslept. tapi kn, sampai pkol 8 pagi pn, da ramai manusia kat depan pintu uni. cam coagulate plak kat situ. tapi, apakn daya. tunggu je lah. rupe2nye, diorang pun pikir cam kitorang gak. cess.

alhamdulillah jugak, apabila penat lelah kutukan kitorang agak berhasil. hari tu, pemikiran orang russia up sket. diorang da mula pikir nak amek list nama, so that, xde la manusia2 yang dapat memotong lagi, sebab ikut list nama. naseb baik lah kan, sebab aku dapat no giliran antara yang terawal. 13. ok la kot, kan? ada kawan aku kene nombor 56. nasib lah, kan kan?

datang pkol 750 pagi, universiti punya gate (ada gate ke?) bukak pkol 8, department bukak pkol 830, pekerja visa mai pkol 9, start panggil orang masuk untuk daftar pkol 930. akhirnya, pkol 1150, siap gak visa aku. woargh! lega.

lepas tuh, balik rumah dengan kelegaan yang nyata. pergi supermarket jap, beli jus limau. nak wat berbuka nanti. 




p/s: idea memang mantob. tapi tak kemukakan kat pihak yang berkenaan. sure memang tak berhasil nye. well. russia. the only place where the customers are always wrong.