Monday, June 14, 2010

Pelancong Malaysia

pada suatu petang summer yang panas x sama macam semlam, aku ngan atik pergi buang tebiat dengan kuar rumah, walau banyak lagi tak prepare untuk exam nanti. hohoho. suka suka hati je kitorang pergi riviera (tempat makan yang haram kalau korang makan bege daging atau ayam. boley makan kentang ngan bege ikan jek).


lepas tuh, kitorang pi la lepak dekat taman depan kedai makan tuh, aku bawak je slide cardiovascular, bajet2 nak bace la sambil2 lepak dekat taman. tapi, bajet sekadar bajet. kitorang x bace pun. nak bace camne nye, skali banyak gila binatang2 kecik yang berterbangang (sebab diorang terbang x tentu hala, suka suka hati hinggap kat baju orang. sungguh takde keje.dah la banyak.ugh!).


sungguh serabut dengan kehadiran binatang2 tuh. (korang bley translate binatang tu sebagai serangga. aku guna perkataan 'binatang' sebab terlalu serabut ngan diorang) main2 kat muka aku, macam nk join skaki ngan aku nak bace physio. ibarat korang ngn sorang kawan korang p dusun durian.lepas kutip buah durian, pastu lepak bawah pokok kt tengah2 utan tu. mcm2 jenis lalat, langau, lengau, mcm2 ngaungau yang berterbangan, pastu bajet2 manja ngan korang dengan sukarela duk kt baju korang. begitulah ibaratnye.


tiba tiba! (saja je buat ni..)


aku ngan atik ternampakla satu kelibat manusia. aku try la detect. nak kate ruski, kulit x la putih mane, nak kate tatar mongol, x la sangat, nak kate cam orang scotland jauh skali. skali mamat tuh datang dpan kitorang, pusing serta merta, pastu jerit, "MELAYU?!"


kitorang pun tersentak kebelakang, sambil kate, "YEAA!".


masing2 terkejut, aku ngan atik bangun, ambek tangan abang tuh. kami lompat2 dan buat bulatan serta lari2 setempat macam mary-go-round tuh. sambil jerit2. oh hepinya jumpa orang melayu lain!



'kami'....err....

ok. sudah jelas aku tipu. kitorang bersalaman. masing2 perkenal nama masing2.tapi, yang bab excited gila tuh, aku x tipu, okay. hohoho. rupa2nya, abang tu salah seorang pekerja syarikat perkapalan milik mesia di Tajikistan, tapi skam ada assignment dekat Astrakhan (satu tempat perjalanan 5 jam kalau naik tren dari Volgograd). hari ni dye jalan2 dekat Volgo nih. kitorang borak2, makan2. dye ada akan naik tren pkol 730 mlm, masa kitorang da takde modal nak borak, kitorang ajak la abang Shamsuddin tuh pergi rehat dekat rumah kitorang. Fufufufu.



aku dengan atik yang keletihan melawan binatang2 yang berterbangang itu.



Pokmat dengan abang Shamsuddin tuh. Lawa, kan jam Pokmat? 



aku dengan muka pelik dengan abang Shamsuddin



sudah sampai dekat Zheleznodarozhni Vokzal! (Railway Station)



abang Shamsuddin berjalan diiringi kitorang. ad lagi keri daos dengan pokjat, tapi x sempat nak masuk gmbar. tengok beg abg Shamsuddin. beg yang banyak megi, rendang segera, dengan kopi super power.



lepas hantar abg Shamsuddin, kitorang lepak dekat depan stesen. *bajet sedih*

lepas kurang sejam, kitorang pun balik, sebab masing2 dah lenguh punggung duk mencangkung. (lenguh punggung? macam mana tu?)

ok adios!