sebelum aku nak mulakan post yang beremosi dan panjang ni,
meh aku sajikan mata korang dengan sesuatu yang best (bagi aku laa)
tadaa!! ni la bunga sakura! sape cakap kt russia tade bunga sakura hah? hah?
gambar ni aku snap masa nak balik lpas solat jumaat tadi..hwahwahwa..
oooo.. how sweeet.. auwww...(cm pondan)
-sila klik untuk besarkan-
-sila klik untuk besarkan-
kekadang hidup ni, kne ad serius, ad memain,
ada menda kite boley wt gurau2, ada menda kite kne senyap
ad mende kite kne kongsi, ada mende kite perlu pendam..
urgh.. da start mengarut sudah..
hari tu, aku ada buat shoutout ym
"aku manusia bersebab atau aku manusia beralasan"
alasan, ad orang cakap, sesuatu ayat yang diberikan, untuk melepaskan diri dari sesuatu situasi,
sebab pulak, adalah sesuatu ayat yang diberikan, untuk menerangkan situasi, tanpa dalih2, sgala mende,
berserta ngan fakta la hape la, yg penting, tujuan dye, bukan nk lpaskan diri..
hohoho..aku ni, suka sangat tengok citer yang pelakon dye, ad konflik dlm diri
dalam citer tuh pelakon dye selalu bermonolog dalaman,
dan cerita tuh, lebih kepada narrator oleh plakon utama tu sdrik..
bukan cm desperate housewives, okay
contoh jelas, ak suka gila citer dexter, kisah pasal kehidupan seorang
pakar blood spatter, yang suka bunuh bunuh orang jahat dengan cara membunuh yang x penah dibuat dek orang (ye ye je aku ni)
tak tak, bukan dexter yang ni, dexter yg lain please!
haaa.. ni dye gambar yang betol.. dexter morgan
aku ngaku la, aku memang ter-efek gila tengok siries nih..best2, aku suka..nape aku cakap aku ter-efek?
sebab lpas abes 4 season ak tengok siries nih, aku asekan aku ni lain
aku lebih suka fikirkan sekeliling
(bukan orang gilak tau!)
macam, aku lebih suka perhatikan segala benda yang berlaku dlm environment aku
cm gelagat manusia, macam mana reaksi diorang dalam situasi tertentu,
bukan berniat untuk cari kesalahan,
tapi untuk berfikir, dan ambek pengajaran,
betol, itu yang aku rasa..
berbalik pada tajuk post, aku merasakan setiap apa yang aku buat selama ini, ada sebabnye..
contohnya, nape aku senyap bila orang2 bergumbira,
kenapa aku bertindak demikian dalam situasi tersebut
kenapa aku contra dengan org len
contoh jelas, aku memang anti facebook, dan suma orang tahu
ad jugak orang bertanyakan kepada aku
kenapa aku anti sgt
dan jawpan aku, for sure, aku ad sebab aku sendiri..
tapi kn, kadang kadang aku fikir jugak, aku hidup ini penuh dengan sebab kenapa aku lakukan
tapi aku fikir, adakah sebab itu, adalah sebab, atau sebab itu adalah alasan
mungkinkah aku ber-self-reasoning untuk memberitahu situasi sebenar ketika itu
ataupun sekadar hendak menyejukkan rasa hati...
hahahaha (gelak sorang2)
aku manusia bersebab atau aku manusia beralasan
andai aku manusia bersebab, maka aku sentiasa berani untuk hadapi sesuatu yang seterusnya
andai aku manusia beralasan, maknanya aku ini pengecut dan melarikan diri
atau juga aku ini manusia yang banyak dalih, menguatkan alasan menjadi sebab
padahal alasan itu semata mata untuk membuang diri dari situasi..
hohoho..(gelak sorang2... lagi)
ni pun, satu permasalahan hati juga, kan?
terima kasih la kepada sape2 yang sudi bace post ni smpi abes..
maaf, sebab post ini tidak sama dengan post2 yang sebelum ni..
p/s: baru beberapa hari lepas aku mendapat seorang follower baru. hwahwahwa.epi kot. akhirnya ad jugak orang baca blog ak eah...da x berkepuk da kt ruang follower aku tuh.. hhahaha
(alah, baru sorang nk havoc...kecoh aaa..)
suka ati lah!
terima kasih eak kepada sape2 yang berkenaan!


