Republik Gagarin, Volgograd, Russia- Negara menjadi gempar apabila salah seorang menteri telah mengadukan tentang masalah kiasu yang semakin berleluasa dalam kalangan rakyatnya kini. Menteri Pembangunan Kesihatan dan Makanan Halal serta Jalan ke masjid, Dato' Seri Syeikh Aizzat Mat Ghani telah menguar-uarkan masalah tersebut dalam blog beliau baru-baru ini.(kalau nk tengok, tekan here) Kiasu dalam erti kata lain, belajar secara bersungguh2 tanpa mempedulikan orang lain. seseungguhnya masalah ini biasa sahaja, tapi pihak kami sendiri tidak tahu mengapa isu ini semakin seriyos sejak akhir2 ini. kiasu, mengikut wikipedia bermaksud...(anda boleh tekan sini). masalah ini menjadi isu hangat apabila Menteri Style dan Fotografi, Dato Khairi Wijoyo telah menghangatkan keadaan dengan meletakkan shout out ym beliau "Suma housemate aku stadi loni.KIASU!!"(begitulah lebih kurang kata-kata beliau). beberapa gambar telah diambil oleh paparazzi pihak kami untuk meninjau masalah ini.
buku-buku bergelimpangan di atas meja tanpa batasan.
buku2 juga mula kelihatan di dapur
juga berhampiran dengan kawasan sink
tidak kurang juga di tempat meja solek
juga berhampiran tandas. pihak kami sempat men-snap bersama suspek
atas sebab2 tertentu, kami juga menuduh apron bersifat kiasu
pemantauan telah dibuat. masih ad lagi pihak yang menjalankan aktiviti ini secara tersembunyi. apabila satu pihak telah menjumpai sarang kiasu ini, masing2 akan menguar2 kn secara kuat dan lantang seperti tidak pernah tengok orang study sebelum ini. punca masalah telah dikenal pasti dan tindakan akan diambil oleh pihak berwajib. ------ News Straight Tymes.

