Sunday, October 18, 2009

Thank You Allah

aku tiba di perkarangan hospital..
hati aku berdebar.. aku berjalan menuju ke dewan menunggu..
aku pimpin tangan abah... kami laju menuju ke dewan..
sampai di pintu, aku berdebar..aku memandang abah.. mata abah sayu..
kami menolak pintu perlahan..
ramai orang kelihatan berdiri.. aku menuju ke tempat abang sulung aku berdiri...
aku menghulurkan tangan, tangan ku disambut..
abang ku menarikku, dan aku memeluknya..
tubuh besar badan aku sungguh ketat memeluk tubuhku..
aku tahu abang menangis,
tapi aku x mampu menyeka air matanya..
aku melihat gerbang pintu wad..
abang berkata kepada ku..
"ikh jangan isau, umi selamat.. cuma sekarang umi separa sedar.."
aku tunduk.. sedih.. aku x mampu nk berkata apa2..
tetibe daun pintu ICU ditolak..
adik kuar sambil berpimpinan dengan kak nor...
adik menangis.. kak nor sayu...
kak nor berpelukan dengan abah sambil menagis..
kak nor melihatku dan menghampiri ku..
"ikh masuk lah.. umi nk jumpa ikh..."
aku berdebar..abah memandang aku..
sejurus kemudian, abang ngah ku sampai..
aku terus mengajaknya masuk...

aku menolak bilah pintu dengan debaran...
nurse mengarah aku ngn abang ambil lab coat yg tergantung di tempat sidaian..
kemas, bersih...
aku memakainye ke tubuhku..
di sebelah kanan ad sink tempt untuk membasuh tgn dengan satu losyen khas..
aku dan abangku dinasihati membasuh tgn dahulu sbelum berjumpa umi,
takot kami jd pembawa kuman..
aku menoleh ke sebelah kiri..
terdapat seorg lelaki yang badannya penuh wayar melingkari tubuhnya..
mencucuk disana sini..
mengerikan..
aku berjalan terus dua tiga langkah kehadapan..
ternampak sign board putih sebesar dua bji bku latihan
yg tertulis terlalu banyak prescription yang x ku fahami..
PN ROSIDAH MAHMUD..
aku berdebar.. angah menarik tgnku masuk ke dalam wad umi...

subhanallah..
walhamdulillah
allahuakbar..
aku x dpat berkata apa2..
umi separuh sedar di perkarangannya..
tubuh umi dilingkari wayar..
tiub2 tercucuk disana sini...
beep...beep...beep... bunyi mesin di skeliling umi..
ad beberapa alat bantuan oksigen disisi umi..
kat tangan kiri umi ada dua tiub, kat dada kiri atas satu..
kat tangan kanan ad 3 tiub untuk injection..
dekat kaki kanan dan kiri masing2 ad dua tiub, tp berlainan kedudukan..
doktor telah memotong rambut umi..
aku memerhati kesan jahitan di kepala umi.. sedih..
umi kelihatan letih... kelopak mata umi sepeti ada pepasir halus..
terdapat satu tiub disalurkan kedalam mulut umi, dan satu tiub lagi kedalam lubang hidung umi..
mata umi separuh terbuka... tetapi seakan2 tertutup..
aku rase terlalu sedih.. aku tahu air mataku suda melalui pipi ku..
angah menarikku..
"ikh kene kuat.. jangan nanges depan umi.. nati umi sedih.."
aku mengangguk perlahan..
aku melihat angah.. lengan bajunya basah kerana menyapu air matanya keluar
aku menguatkan semangat...mendekati umi..
"assalamualaikum umi.. ni ikh ni..."
aku cuba buat2 gembira..

kelihatan mulut umi seperti menyebut sesuatu...
aku tahu, umi menjawab salamku..
"alhamdulillah umi selamat.."
aku cuba memberi kata2 semangat kepada umi..
umi seperti berkata sesuatu kepada ku..
lantas aku mendekatkan telinga ke bibir umi..
"ikh jangan risau.. umi kuat.."
aku x tahan lagi.. aku menangis...
"ikh akan jadi anak yg baik, umi.."
aku mengucup tangan umi..
tetibe bunyi bip alat diskeliling umi berbunyi agak pantas..
aku melihat setitik air halus keluar dari kelopak mata umi...
aku menyeka air mata umi, dan ku kucup pipi umi..
aku terus keluar, menyapu air mataku..

alhamdulillah, sampai hari ni, aku dapat melihat umi, mendengar suara umi..
terima kasih Allah..
subhanallah..
alhamdulillah
allahuakbar...

pn rosidah mahmud, umi ku...