Sunday, October 11, 2026

Aku ingat lagi masa first masuk forensik. aku tengok mayat, aku rasakan ia seakan akan macam tidak bersih. biarlah ia datang dari mana sekalipun, hatta dari kecemasan, mati di rumah, berlumuran darah akibat kemalangan, walau apa pun. aku taknampak ia bersih dan aku taknak sentuh langsung, melainkan setelah memakai glove dan menyentuh dengan bilah pisau.


biarpun sekadar masuk bilik autopsi untuk mengambil barang, kehadiran jenazah di salah satu meja autopsi pun aku sudah tidak rasa selesa. rasa macam takboleh ada disitu lama. aku kena keluar cepat. 


tapi selepas lama bekerja, aku mula memahami sesuatu. 


aku faham yang sekujur tubuh yang terbalut pada rahang dan hujung kakinya itu, ramai yang menunggu untuk menyentuh dan mengucup dahinya di luar sana. mungkin jasad ini sangat disayangi oleh ahli keluarganya. walau tubuh seorang gelandangan, dia mungkin pernah menjadi kesayangan orang tuanya, sebelum hidup tidak menyebelahinya lagi.


dia pernah manusia sebelum jenazah. ruhnya telah tiada, hanya jenazah yang tertinggal di dunia.


kali ini, jasadnya di depan aku. dan aku tidak lagi kaget menyantuni jenazah (melainkan yang RVD positive, atau kes yang obvious yang memerlukan aku memakai glove)


dan tugas aku untuk mengharmonikan kematiannya, melegakan ahli keluarga dan warisnya.


semoga kita semua diberikan kematian yang menyenangkan. dan jasad tidak dibedahsiasat. 


amin


Mofar Rahman