Thursday, August 27, 2026

Masa aku tengah struggle nak completekan 3KM morning briskwalk, aku lalu dekat kawasan depan lab. dari jauh aku nampak satu sosok tubuh yang berjalan kearah aku, dari segi gaya jalan aku kenal siapa.


salah seorang clinical microbiologist (CM) dan well known yang paling tough antara 6 CM yang ada. tapi surprisingly dia cool dengan aku. aku tak perasan benda ni tapi selepas ramai cakap then baru aku rasa betul.


“ingat taknak tegur, tapi kena tegur jugak haha. macam mana forensik?”


“okey je Dr. alhamdulillah.”


“mana lagi sibuk, microbe ke forensik?”


“mestilah microbe Dr haha”


“haha kira sana lagi best lah?”


“boleh lah Dr, goyang kaki banyak”


kami sembang kejap pasal mak dia warded untuk operation tapi kena delay sebab BP tinggi, then we parted ways.


for the whole day today aku fikir, betul ke jawapan aku tu? betul ke forensik lagi best?


sejak masuk forensik, tukar ke suasana asal setelah 8 bulan di tempat orang, aku rasa aku sudah berubah, dan bukan aku lagi ketika meninggalkan pintu masuk rumah mayat dulu.


setelah 8 bulan di mikrob lab aku belajar banyak benda selain apa yang sudah aku tahu. aku tambah pengetahuan yang aku perlu tahu, cara kerja yang baru. bagaimana makmal mikrob berfungsi, bagaimana satu satu organisma dikenalpasti dan sebagainya. aku belajar banyak benda dalam 8 bulan tu berbanding 3 tahun aku di forensik.


di mikrob sebab mostly perempuan, tak pernah cakap pasal duit. everyday cakap pasal work, how to improve yourself, poster apa kena buat tahun ni, apa yang perlu dibuat untuk master, paper apa tak bedah lagi, apa new update dalam CLSI, siapa present journal this month. semua berilmiah, semua ready untuk topup ilmu masing masing. sebab tu masa majlis perpisahan, aku tak boleh explain kenapa aku tinggalkan lab, sampai kena fikir pro and cons (instead of datang menerpa kedalam otak) aku rasa tak fair untuk lab. tapi aku keluar jugak, mengikut firasat hati. aku boleh grow di sana tapi tak semua yang dihidangkan disana kena dengan jiwa aku.


di mikrob ada seorang SO, nama dia Izzat. selalu aku berjumpa dengan dia (most of my days) dan berbincang pasal hal keagamaan dan ketuhanan. dia yang encourage aku untuk faham konsep yang “inilah kehendak Tuhan”. Izzat introduce aku dekat imam Al Ghazali, Al Kindi, Alfu Sanatin, Geopolitik Islam, dan banyak lagi. bila aku tanya buku apa yang kau nak aku baca bila aku dah keluar mikrob, dia jawab “Ihya Ulumuddin”. 


baiklah. 


kembali ke forensik. same old, same old. hadap pemikiran provider. yelah semua dalam tu bapak orang. hari hari cakap pasal how to tambah duit. mana nak invest, apa aset yang perlu ada, ipo mana yang kena beli hari ni, surat MITI dah apply ke belum, bila nak tambah sorang lagi, kenapa perlu ambik janda kaya instead of budak budak muda sebagai no 2. kalau sekali dua, boleh lah. berkali kali? muak lah pulak. sangat sedikit topik untuk improve diri (academically) dibincangkan. kalau ada pun sekadar kentut sahaja, marah ketika beraksi, diam bila pergi.


tiada lagi Izzat. tiada lagi yang ajak aku membaca bedah buku, yang ajak aku ke surau setiap zohor. tiada. semua aku kena cari sendiri.


of course bila diimbal, kedua dua ada pro and cons. dua dua tempat mempunyai aura dan vibe berbeza. kedua dua tempat offer aku untuk kembangkan diri dari aspek kecenderungan masing masing, dan syukur aku panjatkan kepada Allah sebab sudikan aku merasa kedua dua pengalaman yang hebat ini.


aku rasa nak bagitahu CM tadi yang hati aku masih berada di lab, tapi takpelah. i wont bother her with my thought. lagipun aku sudah tinggalkan tempat tu, so be it.


selawat dan salam buat Nabi junjungan SAW.

ni view parking aku selama 8 bulan. sekarang dah park tempat lain dahh.




Mofar Rahman.