Sunday, May 17, 2026

aku ada benda dalam kepala aku yang mengganggu fikiran aku hari hari. yelah dari hari keputusan aku gagal interview untuk sambung master. tapi aku rarely cakap benda ni pada siapa siapa. ada terlepas sekali dua dekat wifey sebab aku tak tahan. tapi mostly aku pendam. yelah sapa je nak dengar masalah kita selalu. benda sama pulak tu. aku tahu nanti orang cakap alah lelaki pun manusia, ada masa dia nak meluah. tapi trust me, benda ni buat diri aku vulnerable. dan pahit untuk ditelan, takde orang nak lelaki yang lemah.


jadi aku akan cerita sini saja, no recipient, no listener, no expectation. 


jujur aku masih resent apa yang berlaku dekat aku. aku rasa semua ni tak adil. aku rasa je lah. sebab apa? sebab dunia tak berlaku macam apa yang aku nak. gila tak?


untuk yang dapat rezeki untuk sambung belajar, aku ucapkan tahniah lah. rezeki korang kan. tapi aku pun berusaha jugak. aku pun takda yang main main. aku study lagi awal dari korang. tapi dah Tuhan tak bagi, aku nak buat macam mana? 


hari hari aku hadap muka kau orang, aku sabar, dan aku bermanis muka. sometimes okay. most of time aku sedih dan tak bersyukur. jantung hati aku shattered, and i was everywhere. aku layan korang sehabis baik. dahlah takdapat masuk program, kena cover kerja korang pulak. dah lah takda jiwa dah dekat department sekarang.


tapi bila pikir balik, andai kata diorang faham aku, dan cuba okay kan aku, apa yang aku expect diorang akan buat? tolak tawaran pengajian? buang masa depan diorang asal aku okay? itu namanya tolol.


diorang ada buat jamuan farewell. tapi aku takboleh makan apa yang diorang jamu. i cant even look at their faces. aku keluar. aku jauhkan diri. ada benda dalam kepala aku yang cakap keberadaan aku bukan disitu.


semua ni jelas dalam kepala aku. akulah punca keadaan ni. aku yang heret dan menjebakkan diri aku dalam paradoks ni. 


aku yang kena kutip diri sendiri. sekali dua orang dengar lagi. kali ketiga? no one will be there for you. orang pun ada banyak benda lain lagi nak pikir. 


ada aku fikir, kenapa aku nak sangat sambung pengajian, jadi pakar? betul ke itu yang aku nak? adakah itu kayu ukur keberjayaan seseorang? walhal banyak lagi aspek kejayaan di dunia ni? kenapa aku boleh ada doktrin sebegitu dalam kepala aku?


ada aku fikir, aku ni tak redha dengan apa yang Tuhan bagi dekat aku. aku selalu cakap dekat orang, “keterlambatan mu adalah untuk keselamatan mu”, “lain orang, lain garis masa”, dan sebagainya. adakah ini yang orang cakap you practice what you preach? adakah aku hanya mengobrol kosong selama ini?


ada aku fikir, apa yang aku nak dalam hidup ini? aku nak impress siapa? diri sendiri? keluarga? rakan rakan? padahal isteri aku berkali cakap its okay kalau aku nak settle for now sebab dia nampak usaha aku selama ni sebab hanya dia yang ada di samping aku. tapi adakah itu bermaksud aku harus terima, dan berserah?


ada aku fikir, aku ni ditakdirkan menjadi pohon yang tidak punya bunga yang cantik mekar, tapi diberi batang dan akar yang kokoh supaya aku tidak tumbang?


benda ni bergulir dalam kepala aku setiap hari, seawal bangun tidur hingga saat akhir mata mahu terlelap.  fighting these thoughts and bullshits every second. semua ni sungguh melelahkan. sungguh aku penat. kepala aku berat. 


aku penat, Tuhan.


aku tidak mahu begini, i want to move on. aku nak keluar. aku nak stop dari memikirkan benda yang merugikan aku. dan benda yang menampakkan aku sombong dengan Tuhan, seperti takdir yang ditentukan bukan milik aku. 


satu hari aku terjumpa quote “lihatlah bagaimana Tuhanmu membolak balikkan takdirmu hanya semata untuk mengabulkan doa mu”


i cried for hours.


oh Tuhan, sesungguhnya aku ini penat. aku lemah, dan aku tidak tahu.


Maafkan aku.


Nota kaki: Aku baru balik dari KL semalam, teman wife terima sijil Associated Chartered Banker dekat KL Convention Centre. aku amati, ramai yang terima anugerah tu dari pelbagai peringkat umur, even wife aku sendiri pun tak stop belajar, pass beberapa exam, siap aim untuk next exam lagi. aku? aku rasa Tuhan nak tunjuk aku sesuatu. 


Mofar Rahman.