Hari ni masa orang datang melawat Umi sebelum berangkatnya beliau ke Tanah Suci esok, aku melihat umi. tersenyum dengan matanya yang redup. membalas setiap pertanyaan dan bercerita tentang rezeki yang diberi Tuhan dengan tenang sekali. setelah hampir 3 tahun Abah tinggalkan kami, kami hidup seadanya. senyum kami ada kurangnya, gelak kami ada kosongnya. rasa tidak pernah penuh. pasti ada detak kesunyian disetiap hilai tawa. yelah, masa Abah pergi, kita semua ‘mati’ hari tu, cuma Abah sorang je yang dikebumikan.
Umi sekarang sudah nampak gagah berjalan tanpa Abah disisi. warna kehidupan pun banyak yang ‘warna’ umi. isi rumah pun perlahan lahan diisi dengan serasa umi.
ruang tamu sudah ada dua, satu yang besar dan satu yang kecil, Abah tahu ni. yang ruang tamu besar sudah ada meja untuk letak bunga dan lampu hiasa dua. sofa masih sama. rocking sofa Abah masih ada. kadang kadang ketika kami berkumpul, aku rasa yang Abah masih ada disitu.
meja makan di ruang dapur, sudah tidak selalu digunakan macam ketika Abah ada dahulu. tempat Abah di tengah meja bak ketua mesyuarat sering bertukar tukang duduk. namun pemilik asal tiada ganti. kami banyak makan di ruangan depan TV. sambil sembang, sambil suap anak makan, sambil bersila.
setiap kali aku datang ke rumah petang selepas bekerja, aku selalu perhatikan pergerakan umi. cara dia berjalan pelahan, bangun dari sofa, bangun dari bersila. jalan kaki menapak setiap meter lantai rumah ni. pasti ada kesan tapak kakinya. dan tapak kaki Abah juga. selalu aku menyakat dia. dan Umi balas seakan mahu pukul aku. gurau anak beranak, Abah tahu ni.
tapi Umi dah tua, Bah. dah masuk fasa dia. selalu sakit lutut. selalu gastrik, muntah cirit birit kalau salah makan. selalu cakap benda sama. selalu cerita benda sama. dalam telefon cakap dah, jumpa depan cakap lagi. mungkin Umi excited. tapi aku tak kisah, Bah. Aku layankan saja, Bah. sebab aku sayang Umi, sama macam aku sayang Abah.
tadi petang aku dah kenyang, tapi Umi suruh makan dulu. katanya nanti tak payah makan kat rumah. Wife pun cakap benda sama. aku dah kenyang ni, tapi memikirkan ni maybe last dinner bersama Umi. nanti dia nak pergi Tanah Suci dah esok. jadi aku teman, makan sebelah Umi. Umi buat daging berempah, atau daging memecok, Abah tahu ni. masa makan aku tak tahan sebak, Bah. aku peluk Umi. aku pesan Umi kena balik, tahu. Umi cakap okay. cuma Umi pesan kalau Angah call minta ambik dia, aku kena pergi ambik dia. kesian Angah, Bah. dia tak sihat. dia sakit. Umi pesan jugak kalau jadi apa apa, aku jadi wali Adik. kalau nampak dia pening, terus tarik dia duduk dengan Aku. Aku cakap baik, Bah.
maghrib pulak aku solat dengan Umi, Wife, Adek dan si Opie. yelah. esok esok nanti Umi dah solat dengan imam besar Mekah Madinah dah. Lily dan Ben tengah tengok TV dekat luar. sambil wirid aku tengok sekeliling bilik, dan aku rasa sebak, Bah. tapi aku kena cover nanti si Opie tanya kenapa Abi nangis. aku malas nak explain.
aku tengok sekeliling bilik. seingat aku masa Abah ada, corak bilik ni lain. meja kompiter Abah sudah dikeluarkan. buku buku Abah yang bertimbun kami kemas dan simpan dalam almari Billy. barang barang bawah meja yang Abah kumpul dan simpan, semua kami buang. Umi masih solat ditempat sama, sama macam Abah ada dulu. masih mengaji ditempat sama di sebelah Abah, bertemankan lampu meja Abah tu lah. aku buka almari Umi. banyak sejadah, tuala, toto, dan banyak lagi barangan standby kalau anak beranak datang tido dekat rumah. tapi aku tengok dalam almari buku Abah. ada gambar passport Abah, versi masih muda. Ustaz Azhar Idrus cakap takpe letak gambar orang yang dah tiada. jadi kami abadikan gambar Abah disitu.
Setelah 3 tahun, baru tahun ni Umi berjaya buka almari Abah. banyak baju kemeja cantik, baju Melayu gumbang dengan pelikat. Abah kan suka pakai sedondon. Kalau baju hitam nak kain pelikat gelap. hari hari terakhir Abah, Abah nak pakai baju putih dan kain pelikat putih. Umi cakap susah betul nak cari tapi jumpa je. nasib baik sempat, katanya.
cuma aku takboleh bayang masa Umi sort baju baju Abah untuk disedekahkan dekat orang. mesti bergenang air mata. untuk orang yang spent hampir setengah abad dengan Abah, pasti merasa pilu. aku yang tengok pun baju yang dah siap disusun pun berjurai air mata.
Alhamdulillah baju Abah yang cantik semua kami sedekahkan. ada yang PakSu datang ambik. Mak Ngah datang ambik jugak. Baju Melayu semua aku sedekahkan dekat orang Bachok tu. katanya orang susah, nak bagi bagi dekat bapak saudara dia dekat kampung. Baju kemeja Abah ada orang Melaka nak. orang dekat Sabah pun kami bagi Bah. semua kata baju Abah cantik. memang pun.
Aku rasa ni satu lagi hikmah kenapa Abah pergi dulu. dengan kesihatan Abah sekarang (kalau masih hidup) mesti Abah tak fit untuk ke Tanah Suci. walau Abah gembira Umi dapat pergi namun tak tipulah kalau rasa perit tak datang. yelah, impian untuk menunaikan haji yang dipupuk berdekad dekad, tapi tak boleh pergi. takpalah. Allah lebih tahu dari kita, kan?
tapi Abah jangan risau. Umi kuat. nampak semangat dia kuat. mata dia syukur dan tenang. Umi, cool, macam Umi. maybe lebih cool dari yang Abah kenal. dia cakap dia dah jumpa geng dia untuk beribadah sekali dekat sana. kami sekeluarga memang risau, tapi kami percaya, dah Allah dah jemput, mesti Dia jaga, kan? kalau tengok mataf orang tengah tawaf tu kan macam ramai gila orang. tapi bila Tuhan dah panggil, mesti dah ada tempat untuk Umi, kan? kami tsiqah. kami bertawakkal pada Mu, Tuhan. Ya Rabb.
banyak yang aku nak ceritakan pada Abah.
Ben dah Lily dah masuk sekolah tadika! dah pandai melukis dah.
Sophie dah masuk macam macam pertandingan. latest? story telling.
Angah dah makin sihat, Alhamdulillah.
Shirah insyaAllah akan dapat rezeki banyak nanti. Amin.
Abah ingat tak mangga epal kita tanam dulu? dah berbuah dah. cantik dan besar buahnya. macam yang pernah kita google 4 tahun lepas. hijau merah merah. rasa masam manis. macam tu lah.
Aku? masih di takuk sama Bah. tak bergerak. tapi Aku cuba, Bah. tapi penat Bah. tapi aku cuba.
one of your favourite. aku simpan untuk aku.
Mofar Rahman.
