aku kenal diri aku sendiri dan aku ni jenis tak suka cater benda kecik kecik dan remeh temeh.
BAGI AKU. bukan bagi semua orang.
di forensik aku membenarkan diri aku untuk lakukan kesilapan. tersalah potong. tersalah resect. tak keluarkan organ ni. tak buat proper slicing atau grossing. asalkan tak merisikokan penemuan utama. aku boleh buat. dan aku boleh goreng semua findings ni dalam report nanti, dengan sokongan bukti klinikal dan makmal nanti. aku boleh buat tu.
di mikrob, aku tak boleh. aku kena ingat setiap antibiotik patterns, kategori dan sensitivity. untuk kenalpasti colonies atau growth dalam plate, aku rasa aku boleh lagi. tapi bab nak masukkan keputusan dalam laporan, memang menyeksakan bagi aku.
Ceftazidime…………………..R
Amikacin…………………….R
Gentamicin…..………………R
Ampicillin……………………S
Cefuroxime………..…………S
Trimethoprom sulfame……....S
ni beberapa je dari berpuluh puluh. dan setiap organism tu ada antibiotik protokol. aku ni yang jenis tak teliti, selalu tertukar R dan S. dan tu memang masalah.
jadi di sini, tiada ruang untuk kesilapan. kalau aku masih buat, aku hanya akan jeopardized patients dekat hospital ni, dan aku tak mahu tu.
setiap laporan akan di validate oleh Clinical Microbiologist. memang menghampakan kalau ditegur beberapa kali untuk masalah yang sama. memang orang cakap, takpe. awal awal memang macam ni. tapi sampai bila?
hanya ada satu je solusi. aku yang kena upgrade diri aku. tu je. teruskan belajar. walau melelahkan, teruskan belajar untuk tidak mengulangi kesilapan.
adapt, survive, be better.
Mofar Rahman
