Saturday, April 12, 2025



“Faiz ada satu kes adik datuk mana entah. katanya mati mengejut tapi keluarga taknak buat post mortem, kau pergi tengok dulu lah apa yang patut nanti update aku”

“baik Bos”

Panggilan aku matikan. humm. kes apa pulak ni. aku toleh kearah anak anak yang tengah rancak bergaduh. Ibu diorang ada kerja dekat luar dengan anak sulung.

aku siapkan diri, dan leraikan diorang. dua dua aku lempar dalam kereta. aku dah janji dengan wife nak transfer anak anak dekat ofis aku.

done.

setibanya di ofis aku tengok ramai betul orang ya. rata rata si lelaki memakai baju putih dan bersongkok hitam tinggi manakala si wanita pula mengenakan abaya hitam. merah pun ada. putih ada. eh banyak pulak warna. aku masuk terus ke ofis.

“assalam Dokter. saya wakil kerabat diraja. boleh dokter terangkan apa yang akan berlaku nanti?”

oh kes kerabat rupanya. patutlah.

“waalaikum salam eh kejap kejap saya baru sampai ni nanti saya kena ambik cerita dari polis dulu.”

selepas bersembang kencang dengan polis aku duduk kembali mengadap wakil kerabat tu lalu aku ceritakan prosedur yang kalau kes macam ni perlukan bedahsiasat.

terpinga pinga diorang. keluarga berkeras tak nak post mortem. habis segala dato dan datin datang. telefon dalam ofis tak habis habis berdering. dato ni dato tu. tengku ni tengku tu. masing masing tanya progress, tanya apa next step, luahkan hasrat ketidakmahuan bedah siasat atas si mati. ada yang keep calling untuk push, cepatkan urusan release mayat.

telefon pegawai penyiasat (polis) pun tak kurang hebat. kehulur kehilir dia bercakap di telefon. ketua polis lah ketua balai lah. ketua trafik lah ketua balai trafik lah. kesian jugak dia kena henyak macam tu. 

betul Azri Walter kata henyak sampai lunyai tapi bukan ini yang dimaksudkan. 

“prosedur hospital prosedur polis konon, prosedur raja nak letak dekat mana? apa yang saya jawab dengan raja?!” bentak bodyguard istana. tangannya macam dah ready nak lempang staff aku ni. dah lah keluar masuk ofis aku ni macam rumah mak kau. aku perati je dari jauh sambil makan sisa biskut raya 2 minggu lepas. 

datang jugak rasa muak dengan perangai puak puak ni, mereka yang fikir diorang hidup lagi atas daripada undang undang. hanya kami marhaen termasuk polis termaktub bawah undang undang negara. ramai diorang berkumpul di hadapan, dengan songkok tingginya. masuk dalam ofis orang dengan biadap. marah staf. marah polis. marah undang undang. masa nak keluar minta maaf bagai, kata kami faham kerja masing masing. tapi masa sebelum kau minta maaf takda pulak kau pikit kau verbally assault kakitangan awam. 

polis ada minta aku untuk ambil sedikit sampel darah bagi membantu mereka untuk bagi sebab kematian. aku layankan saja, walau emosi dan daya tahan diri sudah pada peringkat hauk. dah penat melayan kerenah payung kuning.

aku cucuk pada bahagian atas tulang selangka kanan, di tengah garisan midclavicular. sebanyak 10ml darah aku sedut dan aku masukkan kedalam 4 botol, 2 botol kuning dan dua botol kelabu.

ada saki baki darah dalam 2ml masih cair di dalam picagari.

aku godek godek aku goncang goncang.

aku tunjuk dekat staff aku, tanya dia apa yang beza darah kita dengan darah dalam ni?

“sama je boss!”



betul. sama. merah gelap. tiada yang lain.

malas cakap banyak. aku nak balik. bye.




A.M.