Umrah kali ni hati terasa berat. wife aku dah rasa lama benda ni. aku baru rasa semalam. masa tengah packing. satu satu baju yang sudah dilipat, dimasukkan satu persatu kedalam bagasi. setiap helai baju yang dimasukkan terasa seakan seketul batu besar jatuh menimpa hati. rasa sebak yang bercampur baur.
sebelum ni wife aku concern kesian nak tinggal anak. nanti diorang rindu macam mana. aku selalu cakap, haishhh rilek sudah. tapi semalam, i tasted my own medicine, dan aku tak boleh rileks.
kalau umrah sebelum ni risau jugak. cuma dulu aku tinggal 3 kentang tu dekat rumah Tokmi diorang. ada ciksu yang sentiasa ready nak layan diorang. risau tu ada, cuma tak sangat. kali ni bimbang lain macam sebab diorang ni akan ditinggalkan dengan pengasuh. pengasuh Lily depan rumah Tokmi. daripada pemerhatian aku, aku percaya dia boleh jadi a good caretaker untuk anak anak aku. aku percaya dia boleh jaga anak anak aku dengan baik. dia jaga Lily dengan jayanya selama 2 tahun, tak pernah ada masalah.
kalau si Kakak, dia dah tunjukkan rasa sedih dia sejak dua tiga hari ni. beberapa kali selepas solat dia akan murung, menangis sorang. katanya risau sebab nanti aku dengan wife nak pergi jauh. beberapa kali juga dia bertanyakan kepada kami nak hadiah apa? dia offer untuk belikan kami keychain la, snek la apa lah. aku cakap aku taknak. tapi wife aku minta je keychain dengan snek. aku mula tidak faham, tapi lepas beberapa ketika aku faham yang wife aku nak mudahkan emosi anak aku yang tengah sedih. kalau dia nak belikan apa untuk aku, layan je. jangan halang. nanti dia rasa tersekat dalam hati. kesian anak aku.
jadi aku pun minta lah satu keychain dan dua snek.
aku cuma bimbangkan yang kecik dua orang tu. diorang tak faham semua ni. walau berkali kali aku jelaskan depan diorang, diorang angguk dan terus pergi main. aku tahu diorang tak faham. macam kakak, dia faham, dan dia tahu kami ke mana. untuk dua orang tu, dia tak faham pemergian kami berdua. tahu tahu, kami berdua sudah tak ada. diorang mungkin nampak happy, bermain, melompat, terbang sana sini, namun diorang pasti akan rasa kurang sesuatu. rasa kehilangan. tapi diorang teruskan bermain sebab diorang tak pandai nak express. diorang hanya 3 dan 4 tahun.
itu yang menyebalkan aku.
aku yakinkan hati aku dan wife aku, yang kita kesana adalah untuk bawa hasrat untuk di doakan di tanah suci. tiada sekelumit pun rasa enjoy, atau “our time” tanpa anak anak disisi. kita kesana untuk kesejahteraan hati, membawa doa doa untuk mereka, dan orang sekeliling. kita kesana untuk menjadi tetamu Allah ke rumahNya.
perasaan sedih pilu tetap ada tapi aku amat berbesar hati kerana dijemput lagi kali ini, walau aku ni tak layak pun, dengan perangai macam apa entah.
aku yakinkan wife aku dengan rezeki Allah kita selamat pergi dan selamat pulang. nanti pulang kita terus dakap dan kucup anak anak kita. kita ambik diorang, keluar dari rumah dan tidur mana mana. biar diorang enjoy. main kolam. main air. makan makan. aku tahu semua tu tak cukup pun untuk mengganti 13 hari kami tiada disamping mereka, but thats the least we can do.
cuma hari pemergian, aku pesan dekat wife siap siap, jangan nangis depan anak. jangan tunjuk cemas. jangan tunjuk hiba. anak anak boleh rasa semua tu. they can actually sense that. aku taknak kami tinggalkan imej yang tidak selesa dalam kepala mereka nanti. kalau ditakdirkan kami pergi tak kembali, at least diorang tahu ini adalah pilihan kami, kami ready, dan kami gembira pergi, dan kami bersedia untuk pulang demi anak anak. lepas salam dan peluk, kalau nak meraung, meraunglah sepuas hati.
aku pun belum tentu dapat tahan air mata. ahh tengoklah nanti.
ini baru satu ujian untuk kami berdua untuk menghadapi ketidakpastian. semoga Allah jaga anak anak aku. kasihi anak anak aku. berkati anak anak aku. jadikan mereka anak yang soleh dan solehah. kalau kami pergi tidak kembali pun, aku tahu itu yang terbaik untuk kami, dan untuk mereka.
anak anak, ibarat charger bateri hari hari aku. penyinar hidup aku. the joy of my life.
Abi sayang Kakak, Abang dan Lily. Sangat - sangat.
A.M.
