Kring kring!
aku bingkas bangun untuk mendapatkan telefon yang rancak berdering. risau juga kalau membangkitkan sekali anak anak aku. haih kuat pula volume dia.
aku memandang ke arah Ben dan Lily.
nasib baik nyenyak lagi.
"Hello assalamualaikum, ha kenapa tu?"
"Bos, ada kes budak 8 tahun baru balik kampung dari Manjung balik rumah atok dia dekat Machang. dua hari demam, meninggal dalam kereta masa on the way ke hospital", terang MA aku di hujung talian sana.
Allahu, getus hati.
aku menjarakkan telefon daripada telinga aku untuk melihat paparan waktu di muka telefon
"6.00AM".
"Okay. Pol 61 dah keluar, kan?"
"dah bos. pukul 5.30 pagi tadi. bos nak datang terus ke? Polis semua dah ready ni"
"tak tak. awak masukkan dulu body dalam freezer. bagitahu polis kes ni tak akan dibuat sehingga pukul 8 pagi. suruh diorang datang dengan keluarga pukul 8 pagi, okay?"
"baik bos."
kedengaran gagang telefon ofis diletakkan. panggilan ditamatkan.
aku mengeluh. "budak lagi...:
aku tiba di perkarangan pejabat jam 745 pagi. kelihatan beberapa sosok tubuh mundar mandir di hadapan ofis. aku cuba untuk avoid eye contact, masuk terus menerpa ke pintu ofis. kad perakam waktu ditumbuk, beg diletakkan di kerusi, aku mula bertindak mengumpul maklumat sebelum berjumpa keluarga.
"kami sampai Jumaat lepas je doktor. dia sihat je. dia okey je. cuma hari Ahad dia demam. demam biasa je doktor. saya dah prepare ubat demam, dan saya dah bagi ikut masa dia doktor"
terang si Ibu kepada saya. wajahnya sugul, matanya membengkak. si Ayah bagai tidak puas hati.
"saya dah agak anak tak sihat tapi saya kena balik juga sebab saya kan kerja swasta tak boleh nak cuti suka suka hati", ayah bercerita sambil merengus.
"pagi semalam dia muntah muntah dan cirit birit. saya dah bawa ke klinik berbayar, doktor. dia suruh saya ke hospital, tapi katanya nak ikhtiar dulu dengan ubat yang diorang ada"
aku tekun mencatat.
"tapi lepas balik klinik saya nampak anak saya makin tak okay. macam makin lembik. asyik terbaring sahaja. taknak makan. minum pun taknak. jadi saya dengan mak bawa la dia ke hospital ni. tapi bila sampai je MA terus ambik dia dan masukkan ke Zon Merah"
matanya berkaca. ayah hanya berdiam diri.
"lepas tu dalam 30 minit, diorang cakap anak saya dah takde doktor!"
Allahu. aku hanya memeluk tubuh sambil memerhati gerak tubuh pasangan suami isteri ini. hiba namun aku tidak boleh menunjukka emosi.
ada beberapa details yang aku tak boleh garapkan disini.
selepas perbualan dengan keluarga, proses kerja dilakukan seperti biasa.
kita tak akan betul betul menghargai sesuatu sampailah sesuatu itu direnggut daripada kita. biarlah sesiapa pun sesuatu itu, mungkin ayah, mungkin ibu, suami, isteri, anak anak. mungkin harta benda yang kita jarang syukuri.
Tuhan sudah menetapkan beberapa lama kita gembira dengan seseorang itu, dan hanya Dia sahaja yang tahu bila berakhir, bila nikmat ditarik. kita hanya hamba dan hanya mampu redha. anak berumur 8 tahun itu hanya dapat memberi kegembiraan kepada kedua ibu bapa hanya selama umurnya sahaja, dan tidak seorang pun menyangka dia akan pergi seawal itu. disangka sakit demam biasa hanya dua hari, namun Allah lebih menyayangi.
bukan kah saya pernah cakap, saya tidak percaya kepada kegembiraan? kerana kegembiraan bersifat sementara, dan kesedihan pasti akan muncul tanpa kita sedari pada saat yang kita paling tak sangka.
setuju? setuju, kan?
terpulang.
- F