Tanggal 14/8/2019 aku ke Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan untuk lapor diri dari Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. naik ke tingkat lima wisma persekutuan, dan tunggu disitu.
dalam lebih kurang pukul 10 aku dipanggil ke dalam bilik setiausaha pengarah JKN bersama beberapa MO lain yang turut lapor diri.
"Pasukan Bergerak Orang Asli Kuala Krai"
ya Allah. kena jadi PBOA ke. Allahu. nak rebah rasa.
"Eh, maaf. Dr kena lapor diri di Hospital Gua Musang ya. salah tulis situ. maaf ya"
aku rasa dunia nak terbalik. Kakak SU tu dia suruh duduk, katanya nampak pucat. cis. lemah jugak aku ni. aku pun akur dan duduk.
"saya mintak kelantan tapi takde la minta makin jauh kak"
"takpe Dr. Gua Musang pun kelantan jugak" lalu dia beredar. nak maki pun ada. geram. aku ditangguhkan dua minggu untuk support jadual oncall Hospital Setiu, sambil boleh prepare kemas rumah nak pindah and so on.
dalam dua minggu ni berulang kali aku ke JKN, merayu meminta ditukar. ada seorang MO perempuan ni daripada onkologi HKL dia buat rayuan, tup tup dapat Hospital Pasir Mas. harapan makin cerah. aku naik ke JKN buat kali terakhir, mengadap MO unit penempatan untuk merayu, iaitu Dr Aminah (sekarang ni dia Pengarah Hospital Tumpat). keluar jugak la air mata jantan. cakap dah PJJ dengan anak bini hampir 4 tahun. namun semua sia sia. 3/9/2019 aku lapor diri di Hospital Gua Musang.
awal awal bekerja di Gua Musang aku rasa keseorangan, dan hampir gila. berjauhan dengan anak isteri. anak masih kecil tak puas lagi nak main. isteri pula baru je dapat tukar ke KB, daripada Baker and Hugh, Damansara (bertukar ke Kelantan sebab nak duduk dengan aku. sekali dapat job di KB, takde position pula di Gua Musang). so sambung PJJ.
almost every week aku akan balik ke KB. bertolak pada Khamis atau pagi Jumaat (selepas postcall) dan kembali ke Gua Musang pada hari Sabtu (kalau oncall hari tu) atau Ahad. begitulah untuk beberapa lamanya. hampir semua staff yang PJJ buat macam tu. lebuh raya 191km itu ditapau setiap minggu untuk berjumpa keluarga tercinta.
banyak yang sudah aku lalui di Gua Musang. ada few notes yang aku takkan lupa.
1. setelah berbulan ulang alik ke KB GM, aku jumpa satu alternatif. iaitu bas pekerja yang dicatar under Kesedar Gua Musang. bayaran rm320. dalam tu ada 41 orang. mostly cikgu. beberapa orang je kerja Kesedar, Pertanian, Pejabat Tanah. dan 3 orang je Hospital aku. bertolak pukul 430 pagi (wife hantar, atau aku gerak sendiri). dan bertolak balik pukul 430 petang. most of time aku tak balik sebab oncall, dan juga terlepas bas sebab handle kes yang complicated.
2. handle kes Tok Batin berlawan dengan beruang. kes direfer oleh MO PBOA menaiki helikopter medevat. katanya teruk dengan GCS tak full, KIV nak tube bila sampai ED. sampai je helokk je patient boleh senyum. even luka parah, patah sana sini, dia masih alert. next day masuk berita. tapi aku tak masuk la.
3. dapat kes budak perempuan 8 tahun mandi sungai. naik je dari sungai, keluar darah tak berhenti henti dari vagina nya. aku syak maybe ada lintah masuk dalam tu. puas aku selak, periksa. tak jumpa. darah keep oozing. kes ni aku refer terus ke tertiary centre. tak kuasa akuhh.
4. dapat kes pakcik tengah rehat dengan cucu dia, tiba tiba collapse tak sedarkan diri. sampai dekat ED GCS tak full. sedang ambik darah dia bangun dan muntah darah plus plus. aku referred as CVA. mentioned juga pasal hematemesis, tapi boss time tu suruh ignore. lepas intubate aku hantar ke HSIP.
5. buat chest tube 2 kali dalam satu kali oncall. haha. bengong.
6. fall in love with forensics. di hantar untuk attachment dua minggu dalam November 2020. mula kenal dengan Boss Wan. (boss wan ini la yang baik dengan arwah Abe aku). handle few cases time attachment
- pakcik yang baru dijumpai setelah mati keseorangan di rumahnya. sudah dikompos dan bertukar warna hitam. kulit semua dah peeling. maggot pula super banyak. otak cair keluar ikut telinga. mata pula cair. lidah terjelir bengkak dikompos. bau dia sampai bergulung bulu hidung.
- banduan yang baru di release daripada penjara, mati the next day. kes ni forensik ambik untuk clearkan doubt family yang takut polis menyebabkan kematian, padahal dia sebenarnya meninggal sebab overdose.
- dapat handle kes OSCC. cerita pula semua gila. lari dari rumah la. bosan di sondol suami 16 kali sehari selepas hampir 6 bulan la. suspek rogol la. abuse rumah tangga.
- handle kes budak 8 tahun drowned terjatuh dari tali air. ayah umur 50+ mak pula dalam 46+. precious child. takde anak lain. sekali umur 8 tahun jadi camni. innalillahiwainnailahirajiun.
7. fall in love dengan psikiatri. handle beberapa kes PSY di gua musang. baru tahu ada dua orang yang selalu bila dia manic dia akan serang RnR. bawak lari lori trailer. for fun. kes Makkah baru di Bertam Baru. kes bertukar pasangan banyak kali, cerai kawen cerai kawen anak banyak tak terjaga rupanya sakit jiwa. kes tiba tiba diam taknak bercakap dengan sesiapa. macam macam
8. jadi power handle kes Diabetic Ketoacidosis sebab time oncall mesti dapat at least dua kes DKA. CPG pun steady ingat dalam kepala. dapat kes DKA pun happy. haha.
9. tinggal di bilik sewa atas Restoran just in front hospital. tinggal disana dalam 4 bulan tak silap. setiap bulan rm400. bilik sempit ja dalam 6x6. fully furnished, air cond. katil. almari. meja solek. bil air, api, wifi semua dalam rm400 tu. dalam floor tu ada sekali 6 orang. pegawai Maybank dua orang. kerja JPJ sorang. cikgu sorang. dietician sorang. sorang lagi aku tak sure. keluar awal pagi balik lewat malam hari hari. best duduk situ. yang tak bestnya kena kongsi bilik air dan bilik mandi. nak muntah rasanya bila memikirkan time nak berak. adakala aku kena start kereta, pergi buang air dekat hospital sebab tak boleh hadap horror toilet dia.
10. belajar jadi timbalan pengarah hospital. belajar mengenai pengurusan dan layan karenah staff hospital. tapi tak lama pun. July till August 2021 je. lepas tu jadi orang kanan timbalan pengarah balik sebab pengarah hospital baru dah masuk (Dr Rafik)
11. dua kali unplanned trip ke cameron highlands. kerja gila. semata mata nak makan steambot dan makan nasi lemak stoberi. was the food worth it? nah. the journey? priceless.
12. covid 19 pandemic start march 2020. lepas tu PKP 1.0. heaven betul time tu. yang sibuknya sebelah barat sana. sebelah pantai timur ni rileks je. kalau sibuk pun kota bharu ja. gua musang? pukul 10 malam dah boleh tutup kedai. layan movie sampai pagi. nak berulang alik gua musang KB pun ambik masa 1 jam 30 minit hingga 2 jam je. masa tu, highway tu, ana yang punya haha.
13. few times juga hampir nak langgar babi, lembu. scary!
14. dapat Bunyamin Fayyadh!
15. aku dikenalkan kepada kedai Pok Nik Botak. lokasi dia dalam kampung Batu Papan di tengah hutan. jalan nak ke kedai tu agak complicated, but we managed. kenapa dengan kedai tu? well dia kedai masakan ala thai tapi sedap gila. portion banyak. murah. jual roti canai even nak dekat 1 pagi. manada kedai dalam kampung tengah hutan buat camtu haha. tempat tu akhirnya jadi tempat eksklusif kitorang MO lepak situ hampir setiap malam, hingga malam terakhir aku check in situ pada 9/1/2022. last meal? nasi goreng USA.
16. buat kerja gila cari nasi kerabu seawal 4 pagi. time tu Naim yang layan aku. kitorang diberitahu ada kedai nasi pagi buka dekat area Pulai. dan kami pun serbu. menu utama dia Nasi Kerabu ayam bakar. dan satay kulit ayam. haha. lepas makan kedai tu mesti AGE. tapi still repeat. tak sedap sangat pun. tapi aku suka moment tu. naik motor pukul 5 pagi, membelah kesunyian dini hari. berdua menelusuri jalan gelap, hanya disirami lampu jalan yang rongak. menongkah angin sejuk subuh hingga sampai ke tulang. makan pagi di kedai tu bertemankan kucing bergeseran di kaki. ayam ayam yang baru bangun lalu berkokok. suasana gelap. ada beberapa orang yang kerja shift malam singgah dapatkan makanan time midshift sbab lapar. itu yang aku treasure.
17. few times juga gaduh dengan wife aku sebab tak dapat balik ke gua musang seperti yang dijanjikan. mostly sebab aku penat. dan mostly jugak sebab aku tak consider penat dia yang jaga anak kecik dua orang, kerja bertimbun plus dengan pregnant summore.
18. Ada satu kes PBOA call aku minta kit dressing. katanya nak dressing mata luka kena cakar harimau. aku agak hairan. dan curious jugakla luka dia camna sampai boleh dressing ja tak perlu mai hospital. sekali dia tunjuk gambar. ya tuhan teruk gila. mata macam dah nak tercabut. aku tanya takda plan nak refer ophtal ke sampai macam tu sekali luka dia. baru la dia nak reder. kalau aku tak tengok gambar tu. kalau takkk dah arwah dah pakcik tu. sebab sepsis.
19. Aku dibawa ke satu tempat dalam hutan yang mana telah berlakunya tembak menembak antara skuad khas polis dengan penjenayah dikehendaki di Gua Musang. aku pergi sana semata mata nak sahkan kematian mangsa ditempat kejadian sebelum dibawa ke unit forensik hospital. feel dia macam pergi serbu tempat Pablo Escobar kau tau haha.
setelah sekian lama aku mula rapat dengan paramedik. MA, staffnurse. orang lab. radicare. orang ward. guards. aku mulai blend in. diorang pun layan aku dengan baik. sentiasa menghargai aku. sembang dengan aku. aku rasa aku dah established. ni hospital aku punya. aku dah rasa tempat ni sangat selesa. comfort zone aku.
pada 29/12/2021 aku menerima whatsapp daripada Aqli. cakap permohonan pertukaran aku ke hrpz diluluskan.
masa aku menerima berita tu, aku berada dalam dilemma. bercampur baur. tapi perasaan sedih tu lagi banyak. aku bakal hilang apa yang aku ada. aku akan hilang kawan. aku akan lost contact dengan diorang. aku akan hilang apa yang aku bina selama ni. reputasi. priceless relationship with all these people. perasaan yang aku ada untuk semua orang selepas dua tahun 5 bulan ni, akan hilang. tiada lagi late night call suruh hantar kes. tiada lagi odd hour call suruh datang labour room, attend shoulder dystocia, intubate baby, mother collapse sebab PPH, PE. tiada lagi dekah ketawa dengan colleague, paramedics. tiada lagi gurauan jonah masa oncall dengan geng wards. semua tu hilang.
bright side? aku akhirnya pulang ke gagang. aku pulang ke pangkuan isteri dan anak anak ku. aku pulang ke keluarga besarku, umi abah. aku akhirnya dapat apa yang aku doa yang aku titipkan setiap kali usai solat, setiap ruang waktu antara dua khutbah solat jumaat. PJJ hampir 6 tahun telah aku akhiri.
aku kemas bilik aku di kuarters dengan rasa hiba. setiap nafas aku hela terasa berat. orang nampak aku ceria. tapi sebenarnya dada aku rasa sangat berat dan sebak. aku tak tahu macam mana nak ucapkan, nak ceritakan. hari terakhir sebelum aku tinggalkan hospital tu aku menangis teresak esak keseorangan dalam bilik. setiap kali aku rehearse ucapan aku untuk next passover pun aku nangis. tak boleh nak teruskan. menangis sampai terbatuk batuk nak pecah dada pun still tak dapat cover sedih the next morning.
11/1/2022, aku berdiri di hadapan semua paramedik. matron. Ma. colleague aku. aku beri ucapan ringkas tapi tak mampu aku habiskan. air mata bersedia untuk tumpah, hanya menakung di birai kelopak mata. ikut hati aku ingin meraung. tapi takboleh la. hilang macho. haha.
dear colleague, Kak Huda, Faiz Rajaie, Zakuan, Fatimah, Azwan, Syamim, Burhanuddin, Amalina, Ahmad, Syuhada, Athirah, Afiq, Arislan, Ainal, Husna, Ain, Aiman, Naim, Fadhila, Izuddin, Hilmi (Bakal EP HUSM), Muttaqin (KK Alor Setar), Amirul (ED HUSM), Hazim (ENT HSIP), Syafik (PKD Tapah), Irfan Aqli (Poliklinik Hijraa) Krish (surgical HRPB), Syahida (Hospital Shah Alam) Nurhanina (KK Bidor)
terima kasih kerana mengajar aku, tegur aku. bekerja dengan aku. layan karenah aku. ketawa dengan lawak bodoh aku. berbual dengan aku.
dear housemates, Burhanuddin, Faiz Rajaie, Ahmad, Naim.
terima kasih kerana sanggup menerima aku. menjadikan 5 bulan terakhir disana adalah 5 bulan terbaik yang aku pernah ada dan tak mungkin akan dapat kembali.
Paramediks,
MA, Aszroy (HRPZII) Jiji (KK Ketereh), Syuzairi (KK ulu Tembeling). Amir Rizal. abe Zool Amali. Jang (Zamry) Jeffry, Hisam Afandi, Nik Azim, Safwan, Ruzuki, Munir, Karami, Rafi. Fatihah, Afiq Saiful, fattah.
Staffnurse Kak Aswita. Kak Husyaida. Kak Huwaida. Kak Haslina. Arwah Kak Faizah. Kak Kamsiah (Matron Taiping), Echah.
PPK Zainurin (Yen), Faiz, Aniz Ruslan, Pak Chu Mann, Paan, abe Rosman Forensik, Sani
Labour Room Kak Ti Gegey, Kak Zie (Azilawati), Kak Pah (Fatimah) Kak Ooi, Kak Da JM (Norsuhada), Kak Aida, Kak Diyana, Kak La JM, Sister ZekZek (Zalina)
2A, Amirul, Eddy, Kok, Kak Bib, Kak Azni, Kak Deya, Munifah Sister Asiah Kak Mimi
2B Kak Shikin, Kak Fisah, Kak Dee, Sister Hidayah
Melor Kak Ita, Kak Mazwita, Kak Ti (Fatimah), Kak Naizon, Hanim, Kak Che Ana
Cleansing (Radicare)
Kak Za, Sam.
Klinik Pakar kak Wan Nasihah, Kak Anisak, Kak Ayu, Kak Zura, Kak Na (kacang botol) Kak Yah PPK, Ziad
"K.tie pun sama....moga Dr Faiz terus cemerlang di tempat baru serta berbahagia dgn family tercinta...U are TerBEST adik yg jadi kenal mudah baso , mudah dgr pendapat w/pun pangkat lebih tinggi dr k.tie...TQ nice to meet U adik ( kecek slang ckitπ€£π€£π₯°π₯°π₯° "
"Yer... Sama2 doktor.. u ar the best MO yg pernah akak kenal... Seronok bekerja sama2.. Good Luck tempat baru... Semoga Doktor lebih bahagia disamping isteri tercinta...π₯°π₯°π₯° "
"Timo kaseh tu blako ih, maaf klu ssaloh gpo tuh, saloh lipak ko saloh gguro ko aq ado trlebih batas ggura nga ore tuoππ»
Walau bnyk nyusoh ore
Timo kaseh tuk tunjuk ajar blako tu, jazakallahu khair,, timo kaseh sbb buat aq rso diterima di HOGUM ni"
"Hogum menangis kehilangan seorang Dr yg ππ» selamat maju jaya di tempat baru deh..pyh nk jupo tu mugo sy nak balik tanah merah..hehe "
"Samalah doktor..
Maaf la klu ada ketidakpuasan hati sepanjang kijo ngn k.deya..
Moga terus sukses..
Doc antara de best mo yg pernah kdeya jupe.."
"sama2..tq faizzuddin ( org y pertama kali perkenalkan diri.. saya faizzuddin..with double z n double D .haha)
tq ats khidmat bakti selama berkhidmat di HOGUM..n byk tolog saya diwaktu diperlukan
semoga maju jaya di HRPZ..kekalkan sikap dan cara kerja yg sama wlpun berada di tempat baru..ππ»ππ»
saya mewakili warga kerja HOGUM y lain..mohon maaf jika ada kesalahan n kelemahan kami sepnjg bekerja bersama
n inshaAllh bakal penerima APC tahun hadapan ππ"
terima kasih kerana menerima aku diantara kalian.
aku sayang semua.
Mofar Rahman.
Zenith Hotel, Kuantan, 1638