Tuesday, September 24, 2019

Oncall

Ahh!


done jerit. hehe. alhamdulillah completed one hella miserable oncall last night. eh. bukan night je. it was a whole freaking day!

sejak ke aku thumb print pukul 755 pagi aku dah mula berdansa. haha haram betul bunyi macam happy. tapi itu lah. aku takkan duduk diam.

bermula dengan kes yellow yang sangat banyak dengan kes red bertalu talu. referral dari KK yang tak berhenti.

1st case aku terima baby 5 hours of life dilahirkan di Klinik Kesihatan sebab mak tak sempat ke hospital. jauh okey. gua musang ni dia macam hujung kelantan. kalau ikut size ni gua musang start half of kelantan lepas tu descend below. kau boleh bayang tak besarnya dia dan betapa banyak kawasan yang kena cover.

okey back to cerita tadi. baby tu masa 2 hours of life dia start tachypneic (nafas laju) dan mula ada subcostal recession with nasal flaring. dengan saturation oxygen tak pick up under room air. selepas tu mula lah kena letak headbox dan hantar ke ED untuk oxygen stabilisation. sampai dekat aku je baby dah okey. cuma selepas refer bos suruh hantar jugak sebab katanya impending respiratory distress. so hantar lah dengan diagnosis congenital pneumonia to rule out congenital heart disease.

oncall penat aku ni diakhiri dengan kes hemorrhagic stroke datang pukul 4 pagi.. datang bukan biasa biasa stroke ye tuan puan. datang dengan very drowsy siap muntah darah. ah benda apa niiii. aku terus intubate dan refer ke tertiary.

in between those two cases i had loads of unstable complicated cases but managed to admit them here. hampir semua discipline aku refer. tidur? tidur can kiss my ass goodbye. haha.

postcall aku disudahi dengan severe sepsis secondary to leptospirosis. admit ward jugak lepas bp pickup after 2.5 litres normal saline resuscitation. alhamdulillah.

penat.


sistem oncall dekat sini pada weekdays adalah A1 dan A2.

A1
dia akan incharge ed. station dia dekat ed. akan terima semua kes referral daripada mana mana. the first person yang akan attend kes yang datang ke ed. apa apa hal patient deteriorated dekat ed, orang A1 akan attend.

A2
orang ni dia akan attend semua benda yang berlaku dekat ward. staff nurse cakap ada pt bp high, pt fitting, hematemesis, shortness of breath, heart rate more than 200? semua dia akan attend. kes labour room? kes thick meconium? prolonged second stage? any obstetric emergencies? yep. A2 akan cover. kes forensik? brought in death? A2 akan buat. ada unstable case yang kena hantar ke tertiary yang perlu MO accompany? A2 yang akan cover.

if takde semua kes diatas dia akan station di ed. tapi mostly ada je benda yang nak kena attend. basically orang A1 akan cover ed sorang.

macam aku. aku A1 semalam. aku jaga satu gua musang sorang sorang semalam. nak pecah kepala rasanya. almost burst out.

A2 attended kes ward dan labour room. kesian jugak nak call for help.



so postcall hari ni rasa exhausted dia lain macam. aku tak boleh habiskan even satu episode money heist di netflix. mata penat gila. lalu aku tidur. lepas bangun tidur pun mengantuk lagi. apa da.




Mofar Rahman