Tuesday, June 19, 2012

Surat Untuk Awak Si Berkromosom XX #3

now playing: Sheila On 7 - Buat aku tersenyum


aku memaut pada birai pembaringan. sugul.
digagahkan otot bahu, dipejal sokong oleh dua otot jitu tanganku
aku bingkas bangun bersiap bersuci untuk menuju Tuhan kepada waktu
sudahkah engkau bangun?

menutup kalam Tuhan bacaan di waktu pagi dan petang
aku bersandar menanti matahari keluar dari persarangan
menyinari bumi komunis di waktu dini
melihat mathurat diselit kulit belakang alQuran
bagaimanakah engkau dengan Tuhanmu?

membuka kitab ilmu dunia, menelaah satu persatu huruf dengan jari
mata terbeliak memahami dari satu muka ke muka
memamah isi kandungan yang tidak sedap
tangan mula gatal mencapai tetikus moden
menekan butang butang biru di komputer riba
tersenyum sinis.
adakah engkau seperti aku?

matahari panas menembusi rambut
kejam membelah kulit kepala menyapa otak yang sedang beku
tidaklah aku ini berusaha untuk menutupnya
ah. biarkan sahaja.
meredah lautan manusia di jalanan
pandangan dilempar sejauh yang boleh, semata mata mencari seseorang
hinggap dari wajah ke wajah
seseorang yang aku pasti tiada disini
mengapa aku masih mencari padahal sudah aku ketahui seseorang itu tidak mungkin wujud disitu
dimanakah engkau berada sekarang?

kalimah bismillah aku mulakan
menjamah rezeki yang kunjung datang
dihabiskan sehingga bijirin nasi terakhir.
"nasi rahmat berkat hasil peluh para petani"
itu yang mereka kata.
pinggan dibasuh, dikeringkan dan digilap
birai pingggan di ikut dengan jari telunjuk sehingga sempurna bulatnya
bagaimana rezeki engkau hari ini?

*alhamdulillah*

kembali ke dalam selimut
memerhati awan berarak yang kadangnya ada, kadangnya tidak
melihat bulan yang terang benderang, separuh wajahnya dilitupi kumulonimbus
bulan kelihatan cerah, tetapi disebalik wajahnya di sebelah sana aku yakin tiada siapa yang mengetahui
begitukah engkau?

siapakah engkau?


can i?