Thursday, June 07, 2012

Surat Untuk Awak Si Berkromosom XX #2


awak! dimana awak? oh. lupa. awak masih dalam perjalanan. mesti hidup awak susah disana. maksud saya, setiap orang, ada cerita sendiri kan. dan saya tidak tahu bagaimana cerita awak. bagaimana awak teruskan hidup. siapa awak, apa yang menjatuhkan awak, apa yang menguatkan awak.

nanti nanti saya nak awak cerita semua kepada saya, siapakah awak. saya rasa, saya akan suka dengar setiap celoteh awak. takut bosan? insyaAllah tidak.

saya tidak ada apa apa pun yang istimewa untuk digarap ketika ini. saya hanya terfikir, dimana awak, terkandas kah? kalau terkandas, dimana? awak sihat? apa yang awak buat hari ni?

awak ada sedih sedih tak?

maaf. saya tak kenal awak lagi. dan saya tidak tahu siapa awak, dan dimana awak. cuma dalam doa saya, awak wujud. awak wujud menjadi harapan saya.

setakat ini dahulu sahajalah. jalan elok elok. jangan tertinggal bas lagi (in case kalau awak pernah terlewat sampai awak tertinggal-tinggal bas), jangan bermain dalam hujan. jangan lupa makan. jalan tengok depan. jangan asyik borak je time jalan. bukan ape. saya risau awak jatuh je. nanti awak juga yang sakit. saya tak tahu siapa awak, dan dimana awak. 

awak. jaga diri.

whoever you are, wherever you are right now. i. i love you. insyaAllah.

wassalam.