Saturday, June 02, 2012

Basikal baru


Assalamualaikum
Buat pengetahuan anda semua, saya kini tinggal di hostel. Hostel ini, tidak lah best sangat. Tapi boleh lah kan setakat nak hidup semua. Ada pro nya. Dan ada juga cons nye. Setakat ni, Alhamdulillah. Saya cuba memerhati semua dari pros. Lagipun, everthing has its own benefits and flaws. Dan saya cuba untuk selalu memandang dari sudut yang cerah.

Apa kaitan hostel dengan cerita saya? Entah. Saya sebenarnya tidak tahu. Sengaja tules tules. Boleh kann?
Pada suatu hari, saya dan kawan saya, si Khairi tu, berjalan untuk pulang ke hostel. Hostel kami terletak agak jauh daripada stesen bas. Tapi saya tak kisah pun jalan jauh. Sebab jalan pulang itu agak meriah. Ramai orang jual jual. Seronok juga lah.

Ketika kami jalan jalan, lalu lah sepasang kekasih dengan menaiki basikal masing masing. Kami perhati sahaja mereka berdua tu berbasikal. Dan tiba tiba si Khairi mula bertanya

“mu bilo stat belaja sika?” (kau bila mula belajar naik basikal?)

Saya diam. Saya Tanya kembali dia. Dia menceritakan kisahnya itu. belajar ketika umur 6 tahun, turun bukit blab la bla. Saya tak fokus sangat sebab dalam kepala saya ini tengah mengumpul cerita. Mengambil sedikit sedikit ingatan, menggapai sebanyak mana yang boleh.

Jalan yang saya lalui, terang tetapi sempit. Ditepi tepinya ada pokok renek yang merimbun, yang apabila saya melaluinya, saya berasa tangan saya disapa sapa oleh daun daunnya yang banyak itu. kadang kadang saya senyum sendiri.

Cerita saya?

Saya ini, tidak lah berasal dari keluarga yang senang. Seusia 5 tahun, perkataan basikal hanya saya kenali melalui gambar dan orang kayuh laju laju dikawasan perumahan saya. Sentuh tidak, tunggang lagi tidak pernah. Saya selalu meminta kepada abah. Tapi abah diam.

Seusia saya 6 tahun, saya bermain ‘golf’ bersama abang saya. Golf? Macam mana tu? Saya bermain di halaman rumah saya yang berlantai tanah dan akar pokok sukun yang timbul sana sini. Dilapangkan sedikit, dibuang bersih daun daun. Gali lubang menggunakan sodek bunga milik ummi, potong batang pokok bunga raya paling besar, dibuang tangkai dan daun. Dan siap! Golf saya dan abang saya.

Satu petang, kami bermain, dan saya terlebih pukul, sehingga bola itu termasuk ke bawah rumah. Mahu tidak mahu, saya terpaksa masuk. Ketika badan bersusah payah masuk ke dalam kawasan bawah rumah yang rendah tu, saya terjumpa sesuatu. Handle basikal. saya memanggil abang saya. Dan kami menarik sama sama.

Basikal setinggi perut saya ketika itu. warnanya merah, handle nya pudar. Badannya hampir semua ditampal tanah. Kini, satu tubuh basikal dihadapan kami.

Saya tidak pasti apa yang saya rasa ketika itu. gembira barangkali.

Kami membasuh basikal itu bersungguh sungguh. Akhirnya bersih. Yay!

Basikal itu, tayarnya bukan jenis yang boleh diisi angin. Jenis yang tayar padat tu. Boleh bayang tak? Dan dan dan! Basikal itu tidak mempunyai rantai. Saya yang memang kepingin sangat nak mengayuh, basikal dalam keadaan begitu pun saya rembat. Main tolak tolak dengan kaki.

Masuk bulan seterusnya, abah membelikan kami spray. Saya dan abang saya berlari ke halaman rumah, ambil basikal kami. Dan spray. Abah belikan kami spray warna biru. Cantik. Kali ni basikal kami sudah berubah wajah. Dan saya rasa sangat seronok!

Beberapa lama kemudian, abah membawa pulang rantai basikal. Kami sekali lagi bersungguh sungguh memasang rantai basikal. Kerja kerja pertukangan ini, semua saya serahkan kepada angah saya. Saya tak reti apa apa pun. Duduk bercangkung, tengok, sambil menebas nebas nyamuk yang berusaha menyedut darah saya. Ish.

Akhirnya. Basikal kami telah sempurna. Dan saat itu lah saya mula belajar kayuh basikal. Susah juga sebenarnya, terutama ketika mahu menimbang tara badan. Apa yang saya fikir sebelum ini, nampak macam senang, semuanya tipu belaka. Beberapa kali jugalah saya rebah dan lutut kecil saya ini berdarah. Abang saya yang Ngah itu lah yang mengajar saya menunggang basikal.

Pada saya darjah enam, abah buat kejutan kepada kami. Sebuah basikal racing berjenama Le Run sampai di perkarangan rumah saya. Untuk seseorang macam saya ini, hadiah sebegitu sangatlah bermakna.
Begitulah kisah saya dengan basikal.

Wassalamualaikum.