Wednesday, February 01, 2012

Sambungan

assalamualaikum.

ye. saya tahu. dah lama sangat tak kemaskini blog ni. betul ke penggunaan kemas kini saya ni? saya sebenar nak letak perkataan update, tetapi malas pulak nak taruk di permulaan blog. alamak dah tertulis dah perkataan update tu. ah. biarkan je lah. malas pulak nak tekan butang delete di hujung keyboard sana. rasa macam jauh je dengan jari kelingking saya ni. biarkan. biarkan.

setelah sebulan ketiadaan laptop, saya kembali menghempap muka saya di ruangan maya. bukannya seronok sangat pun boleh online, tapi nak jugak online. padahal ada apa sangatlah yang saya boleh buat kalau ada laptop dan boleh online sekalipun. kalau saya s..

ah. malas pulak nak sambung. nanti lah bila saya ada mood balik, saya akan tambah lagi post. ingat nak cerita pasal saya pernah masuk pertandingan melukis dulu. tapi tak mengapalah. sebab malas yang membuak-buak saya tangguhkan dahulu. kahkah.

jaga diri semua.





p/s: rasa fresh selepas kembali ke dunia blog. siapa cakap tak best dalam dunia blogging ni haaa.