Friday, December 09, 2011

Saya dan Tramvai

Assalamualaikum

saya selalu naik tram ke kelas. tram ni dia macam trolley bus. dia ada route dia tersendiri. ada laluan dia juga. ada dua penyangkut diatas yang berfungsi sebagai tempat penyaluran arus elektrik kepada tram trsebut. tram ni juga ada rail dia sendiri. dia agak perlahan bila lalu di kawasan tengah bandar, dan laju bila dah keluar bandar, dan juga masuk terowong.

kawan saya, khairi pernah bertanya kepada saya, "pernah tak duduk kat seat depan sekali dalam tram? seat yang kalau duduk situ boleh nampak rail tram yang akan dilalui kat depan tu?"

saya akui, saya tidak pernah duduk disitu. mahu juga. kadang-kadang terngiang-ngiang di telinga saya suara kawan saya itu. kadang-kadang saya buat tak endah. alah. duduk depan sekali je pun. nampak ape lah sangat, kan?

tetapi saya rasa, selagi tak mencuba, saya rasa tidak puas. 

pada satu hari tu kan, saya bersama kawan saya anuar balik kelas sama-sama. member saya khairi tu dah pecut lama dah nun jauh disana bersama rakan pecutan beliau Siti Hanan. memang dua orang tu hantu balik awal. so, tinggalah saya dan anuar yang naik trolleybus ke stesen bas yang selama 20 minit itu. alang-alang sudah kelas terakhir, mahu juga kami cuba route baru, iaitu naik bas ni sehingga ke stesen bas yang letaknya bertentangan dengan stesen tramvai. sebab biasanya kami akan turun lebih awal, lepas tu baru berlari-lari ke stesen tramvai. penat juga.

lepas sudah stesen ZKO, kami yakin stesen berikutnya adalah Tridsat Deviataya (39) Gvardeiskaya, dimana bertentangan dengan stesen bas tersebut adalah stesen tramvai. maka apabila sampai di stesen tersebut kami pun turunlah. rupa-rupanya kami telah turun di tempat yang salah, iaitu di stesen bas Bibliotecnaya. ergh. hanya satu stesen saja lagi untuk ke stesen yang sepatutnya. tambah-tambah tram yang dikejar pun lalu sahaja di depan mata, tak sempat dikejar lagi. geram juga. kawan saya si Anuar tu redha je.

kami naik bas seterusnya untuk ke stesen itu. turun sahaja, selepas beberapa minit, datang lah sebuah tram lagi. dan dia berhenti di depan kami. saya teringat kata-kata kawan saya si Khairi tu lalu saya pun masuk lah ikut pintu depan sekali, manakalai si Anuar tu masuk pintu belakang.

Zasss. bunyi enjin stim menutup pintu tramvai. saya sudah berada di posisi paling depan. saya sudah bersedia!

saya memegang tempat pemegang khas agar posisi saya stabil. beg yang agak berat disendeng di sebelah kanan tidak saya endahkan. entah kenapa. macam semangat je, padahal naik tramvai je pun. tapi saya tak kisah. lantaklah orang nak cakap apa. *bercakap dalam hati*

tram mulai bergerak dan saya mula terhuyung hayang. seronok juga. senyum sendiri. gila.

saya memerhati pemandu tram bekerja. tidak lah sesulit yang saya sangka. driver hari ini adalah seorang makcik. kakinya berada di bawah di satu pedal. brek mungkin? tangannya pula memegang tempat pemegang yang berbentuk pemegang troli di supermarket tu. macam rilek je. terdapat banyak butang di depannya. ada 3 sebaris. ada yang butang lampu yang sentiasa berkelip-kelip. 

saya perhati je cara makcik tu bekerja. 

sampai di satu stesen, makcik tu menekan pedal. ya saya tahu itu brek. dan bila betul-betul berhenti, dia pun menekan ketiga-tiga butang tersebut, dan terbuka lah semua pintu. depan sekali, belakang, dan tengah. saya pun seakan-akan teruja. teruja kepada benda yang tak sepatutnya. ergh.

tramvai bergerak lagi. dan kali ni kami bergerak memasuki terowong gelap yang menuju ke bawah tanah. di Volgograd ni ada 3 stesen yang terletak di bawah tanah. mengikut susunan menuju ke last station, stesen pertama yang akan dilalui ialah stesen Ploshad Lenin, seterusnya Komsomolskaya. dan last sekali adalah Pionerskaya.

tramvai yang agak perlahan pada mulanya, mula memasuki terowong yang direct ke bawah tanah. 

tram mulai laju, terasa gegarannya melalui angin yang masuk. di dalam terowong, tiada satu lampu pun yang menerangi sepanjang laluan. ada la lampu kecik kecik dekat bawah tu, tapi masih tak dapat menerangi terowong tu. saya merasakan, hanya saya, tramvai, dan makcik tu saja ketika tu. padahal ramai lagi dekat belakang. 

bunyi tramvai yang laju memang membingitkan telinga. saya kuatkan mp3 saya. yang ketika itu lagu Christina Perri - A thousand years. tramvai bergerak semakin laju bila makcik tu tekan pedal sebelah pedal brek. dan saya mula merasakan momentum tramvai semakin meninggi. tapi saya seronok. angin-angin terowong yang curi curi masuk melalui celah pintu menghembus ke rambut saya. saya rasa. seronok.

setelah beberapa lama bergelongsor di atas laluan, tiba-tiba ternampak satu lampu merah dihujung sana. lampu merah itu pada mulanya kelihatan bulat. dan semakin jelas apabila mendekati. ia membentuk beberapa digit nombor, menunjukkan interval setiap tramvai di satu satu stesen. ketika saya tiba disitu, digitnya menunjukkan 2:51. maknanya, 2:51 lalu telah tiba satu tramvai sebelum saya.

suasana stesen cerah. cahaya lampu stesen melimpah ke ruangan rail. nampak jelas dari jauh. orang ramai sudah bersedia untuk menaiki tram. ada makcik, pakcik. tak nampak sangat orang muda. entah. saya pun tak tahu kemana hilangnya orang muda russia ni.

"Ploshad Lenin. Sleduyusyaya astanovka, stansiya Komsomolskaya"
"Lenin Square. Next Station: Komsomolskaya"

pintu tram ditutup. orang ramai mula memenuhi gerabak tramvai. saya masih di depan. berusaha menghayati laluan tramvai. pedal accelerator ditekan. tram mulai melucur, dan masuk kembali ke kawasan gelap, meninggalkan ruangan bercahaya sebuah station underground. saya melihat dari cermin sisi. tinggallah saya, tramvaim, mak cik driver, dan manusia-manusia lain di peluk suasana gelap di dalam terowong.

hanya samar-samar sahaja laluan yang bakal dilalui. itu pun dengan bantuan lampu daripada tramvai sendiri. 

"Stansiya Komsomolskaya. Sleduyusyaya Astanovka: Pionerskaya"

saya pun turun di stesen tersebut. menaiki tangga, melalui subway dan mula muncul daripada perut bumi ke lautan manusia di atas darat. hidup kembali normal. saya ke pasar sekejap untuk beli barangan masakan.

saya puas. *senyum*