jujur, sebenarnya, saya respek kepada mana-mana muslimah yang dapat menutup aurat dengan sempurna walaupun hari panas cam gaban. saya yang laki ni pun dah berpeluh-peluh pakai t-shirt biasa. diorang laaagi lah. mari hormati muslimah muslimah ni ^^
saya tiba di Podstansiya 4 tepat jam 830 pagi. alhamdulillah, sebab anjing banyak yang bermain polis sentri tak berminat nak mengacau. saya masuk dalam waiting room, dan beberapa minit lepas tu, budak-budak kelas saya tiba. salah seorang budak perempuan bawa biskut cokolat kicikkicik. seorang lagi bawak UNO. (korang tahu ke main uno? heee. eksyen lak tiba-tiba. padahal baru belajar main tadi. ngeee^^)
dalam setengah jam, 2 orang kawan saya telah dipanggil untuk bertugas. entah bila tiba giliran saya. bosan jugak duk dalam waiting room ni yea. (tersangat bosan!)
"Ambulans Brigade 6!"
oh?
kawan-kawan saya semua tengok dekat saya. masa tu, saya tengah nak keluarkan kad no 6 warna merah. yes! akhirnyah! tapi saya terpaksa mengaku kekalahan dalam game tu. alah, UNO je pun.
saya keluar dari bangunan tu, dan tunggu sebelah ambulans. panas jugak pagi ni. ada beberapa anak anjing dekat bawah pokok. nasib baik diorang tak bermain-main. kalo diorang tengah segar-bugar, bertepuk tampar jugak diorang. silap ari bulan, saya pulak yang ditepuknye. alamak!
doktor saya tiba dengan pembantu dia, membawa satu kotak warna oren, yang ada tertules Shestaya Brigada (Brigade 6). saya pun, offer kan lah diri nak angkat kotak tu, tapi doktor tu tak kasi. pembantu dia, nampak macam sombong. tapi saya cuba untuk tak jadi judgemental. dia baik kot. [kot]
perjalanan kami berempat (termasuk pakcik driver) bermula. kami masuk kedalam kawasan kampung.macam biasa lah kalau jalan kampung russia. kalah jalan batu dekat Malaysia. tapi, ok lah jugak, sebab saya tak payah nak pergi fun fair naik roller coaster. naik ni sudey.
sampai kat satu ceruk dekat hujung kampung. berdebar jugak lah, sebab saya tak dimaklum tentang patient kami nih. doktor keluar dari van, dan bukak pintu tengah, dan dia bukak kotak oren tadi. saya turun van, dan berdiri sebelah dia. doktor tengah cari-cari ubat, siapkan syringe dan kapas. tiba-tiba dia ambil sepasang gloves, dan letak ke tangan saya, dan tutup kotak oren tu.
saya: eta mnye? (ini untuk saya?)
doktor: da. (ya)
saya: dlya cevo? (untuk ape?)
doktor: davai! (jom!)
alamak.. ape nih? cuak la pulak. ah. saya tinggalkan beg dalam van, dan ikut doktor dan pembantunya kearah satu pintu. pembantu tu, membuka pintu dekat pagar tu. dan kami masuk. dalam pagar tu, ada dua buah rumah. kawasannye bersemak samun, dan banyak batu bata yang dilonggok. pemandangan tak lah cantik pun. jalan yang bersimen pecah-pecah. saya jalan elok-elok, nanti jatuh, wat malu muka je, kan?
Pembantu tu berjalan depan sekali, diikuti doktor, dan saya. tiba-tiba kat depan sana, ada seekor anjing menyalak-nyalak dekat pembantu tu. anjing tu berlari-lari kearah kami. saya masa tu, da redha, doa segala benda. kalau nak jilat kasut, jilat je. jangan gigit kaki saya je. saya sayang kaki saya ni tahu. nasib baik lah tuan rumah macam, kawal anjing diorang tu, so, dah cool da hanjeng tu. naseb baik. (hambek kau anjeng!)
tiba-tiba, doktor dengan pembantu pakai mask. saya cam pelik. bau pun da mula masuk lobang hidung ni. saya cepat-cepat pakai mask. dan kami masuk ke dalam rumah tu. ya Allah, bau. tapi sabar je lah. takkan nak muntah dalam rumah orang, kan? tak pasal-pasal kene terajang ngan doktor tu. heee.
rumah tu, agak tunggang langgang lah. sabar je lah. hidup diorang susah sangat kot, saya pikir. masa tengah fight melawan bau, doktor dan pembantu masuk ke dalam satu bilik dan meminta ahli keluarga patient macam buka laluan. saya tengok jelah.
tiba-tiba doktor dan pembantu berpaling tengok saya, dan menyuruh saya masuk, dan periksa patient tu.
hah? ape? periksa patient? alamak!
saya redha jelah. nak jadi ape, jadi lah. cepat-cepat recall therapy exam hari tu.
patient saya, seorang makcik tua. dia tidak sedarkan diri, terlantar diatas sofa rumahnya. badannya diselimut. mukanya sudah pucat, dan ada banyak lalat dekat mulut, mata, dan lubang hidung. saya dah mula bau dah sikit-sikit (da pakai mask da kott). saya mula dengan check pulse di kedua tangan makcik tu. sejuk. dan berat. ada lebam-lebam biru dekat lengan. saya check pulak pulse dekat leher. dua-dua tempat takde pulse. saya cuba auscultate heartbeat dia, jugak takde. dan saya bukak kelopak mata kanan makcik tu. anak mata dia dah dilate.
saya tengok dekat doktor dan pembantu, dan saya geleng-geleng, dan mereka keluar. dan tinggalkan saya sorang-sorang dengan makcik tu. alamak. cuak lah pulak. dengan anjing menyalak-nyalak depan saya, laaaaagi lah.
saya difahamkan, makcik tu, terlantar begitu sejak semalam, disebabkan oleh beberapa penyakit kronik. stroke pun ada juga. nampak doktor saya dengan pembantu dia bercakap sesuatu tentang registration kematian dekat hospital dengan ahli keluarga makcik tu. saya tengok ada seorang wanita menanges.
doktor saya mematikan perbincangan, dan tinggalkan tempat tu. masa dekat van, pembantu tengok saya.
Pembantu: Nu kak. strashno? (so what, takut tak?)
saya: nyet. interesno ( tak. menarik)
Pembantu: (senyum)
kami naik van, dan bergerak ke satu rumah lagi yang seorang makcik tu, dia ada respiratory insufficiency. tapi saya cerita lain kali lah. dah panjang dah ni.
alhamdulillah, berbaloi jugak saya hari ini, berbanding semalam, brigade saya tak dipanggil langsung. ada tugas hari ni, ada modal lah sikit nak blogging. insyaAllah, harap-harap lepas ni, ada sesuatu yang lebih best daripada ni yang boleh saya belajar.
peta Volgograd yang wajib dihapal oleh driver ambulans. pening kepala.
pintu keluar dari bangunan tu. выход = Vikhod = Blah!
dalam perjalanan ke rumah makcik tu.
dan saya! (i mean, kaki saya)
haaa. stretcher untuk patient. beg saya pun tak ketinggalan untuk di snap ketika beraksi bersama stretcher. tu, yang ada button tu. nampak tak?
kotak oren tu. a box of wonderland. sebab macammacam benda dalam benda ni. mantab!
insyaAllah, semua benda akan jadi lebih baik lepas-lepas ni. bukan dalam hal saya je, tapi untuk kamu semua insyaAllah. semoga hari kamu semua dipermudahkanNya. amiin.
Jaga hati, Jaga Iman.
wassalam.






