saya cakap awalawal. post ni serius. takde sengih mengih.
alhamdulillah, selesai sudah exam praktikal saya yang tak berapa nak praktikal, sebab ada jugak yang saya err.. aaaa... ooo.. cmtu...ye kee... (camtu lah kot bunyi orang yang tak berapa nak yakin dengan jawapan sediri. hesh. macam mana la nak jadi doktor ni =.="). mula-mula kelas saya ditakdirkan untuk menjawab dengan seorang cikgu dari arab ni. nama dia Jamil Habib. (comelnya kasih sayang? ah lantak lah ape maksud nama dia. saya tak kisah). dan ditakdirkan sekali lagi saya untuk duduk dan buat persediaan betol betol depan beliau. dengan tidak sengajanya, saya telah melihat secara live beliau 'melapah' dan 'meratah' otak-otak student yang menjawab oral dengan dia. menakotkan!
saya tahu saya terlebih emosi. dan saya ingin mengawalnya sekarang. chillex. (chill + rilex)
dan nasib menyebelahi saya, sebab sejam selepas itu, saya ditarik ke tingkat enam untuk menjawab dengan seorang cikgu yang cun melecun. kejam juga, tapi ok lah sikit dari Incik Jamil Habibovic tuh.
dah. bukan ni yang saya nak cerita hari ni.
alhamdulillah. di kesempatan ini, sukanya saya mengambil peluang untuk menyarankan pembaca supaya makan sayur banyak banyak. sayur best kowtt~~
ada sesuatu yang menganggu saya, sejak semalam lagi. sebenarnya, saya nak tules post ni semalam, tapi tak sempat. so, terpaksalah saya membantutkan hasrat saya ni. dan akhirnya, walaupun warna saya tak berterbangan sangat (flying colors) tapi, alhamdulillah lah.
pagi semalam, selepas memakai kasut, saya bangun, menyandang beg buruk saya itu, dan keluar rumah. saku di seluk, dan saya pun keluarkan anak kunci rumah saya yang sebatang itu. mengunci rumah, doa tawakkal, dan keluar dari bangunan itu.
jam sudah pukul 815 pagi, dan saya rasa, masih tidak lewat, sebab kelas saya bermula pukul 9, tapi saya masih bergegas-gegas. nak sampai awal di bangunan Pharmacology hajatnya. perjalanan saya ke stesen bas Port Saida dibataskan oleh beberapa traffic light.
lampu bertukar dari merah ke hijau, dan saya melangkah tapak yang pertama ke jalan untuk melintas. tanpa saya sedarlah kan, ada sorang budak ni, dia tenung je saya. dia jalan depan saya. budak perempuan tu, kecik saja, memakai blouse dengan kemeja sekolah, stokin panjang dan kasut hitam dan beg sekolah yang saiznya sama besar dengan empunya tuan (err....). dia tenung saya, dan saya tenung dia balik! sekali dia senyum, dan saya rasa mulut dia kumat kamit mengatakan sesuatu. ye. saya yakin dia berkata sesuatu kepada saya, sebab saya nampak mulut dia bergerak.
ekekeke. lawaknye.
saya tak dengar sangat sebab telinga saya dicucuk dua earfon penyumbat lubang telinga berwarna biru dengan lagu Jessie J - Price Tag yang bergedung gedang dalam tu. dia senyum, dan menjelirkan lidah dan menggerak2 jari di depan mulutnye. (macam mana saya nak gambarkan ni yea. bayang sediri lah) ceh. mengata saya rupanyah! tapi memandangkan saya sudah lewat, jadi saya senyum je lah. kalau masih ada masa, dah lama saya ikat-ikat budak tu, gantung dekat traffic light.
hehehe. mengata aku yea. aku geget tengkuk tu kang!
dan sampai di traffic light kedua. ketika lampu untuk pejalan kaki masih merah, dan untuk kenderaan masih hijau, bas yang saya nak naik tu alih alih lalu pulak depan saya. troli bas 8A namanya.
vrrooom...~ (bas tu lalu)
dan saya geghamm lah sebab lampu merah masih lama. dan saya risau bas tu terlepas, malas nak tunggu next bus punya. sekali, lampu dah hijau dan saya bergegas-gegas untuk melintas jalan. sekali, masa saya kat tengah tu, ada sorang pakcik ni, dia tarik tangan saya ke tepi jalan sebelah tiang traffic light tu. badan saya terkebelakang, dan saya terkejut. pak cik tu muka selamba je. dan baru saya perasan, ada satu kereta meluncur laju keluar dari titik buta saya dan melepasi saya.
'pak cik' menarik tangan saya ke belakang.
tapi ketika itu saya hilang pertimbangan, dan saya toleh ke arah pakcik tu, tunjuk muka bengis dan kegeraman. jari telunjuk saya menunjuk-nunjuk lampu isyarat yang kehijauan. dalam kepala saya, nak kejar bas tu jek. tiada terlintas nak ucap terima kasih. pak cik tu melihat saya dengan bersahaja. mungkin dia fikir saya ini kurang ajar dan tak berbudi bahasa.
'saya' yang kununnye kegeghaman.
naik ke atas bas, saya termelepu. saya teringat adegan tadi. menyesal. kalau bukan pak cik tu tak tarik saya kembali, mungkin saya dah tak tulis post ni sekarang. tapi apa yang saya balas? muka bengis, masam, dan memberontak kerana ditarik. sepatutnya saya senyum, kelegaan, dan berterima kasih. hesh. menyesal. menganggu betul.
saya tak rasa saya akan jumpa balik pakcik tu. makhluk veteran seperti itu di Volgograd ini, bukannya sorang dua. beghibu ghibu. walau ape pun, mekaseh la pak cik. saya tahu pakcik tak baca blog saya. tapi saya nak ucap terima kasih jugak.
terima kasih pak cik sebab selamat kan saya.
terima kasih pakcik, sebab tarik saya...
terima kasih pakcik se... wei..udah2 la tu terima kasih nye...
wassalam.




