Saturday, November 27, 2010

Lelaki Kazakhstan

salam semua!

hurm.. plannye nak blogging smalam.. tapi semalam gi tido awal lak lepas salin nota pathphys dari aisya. credit to aisya sebab nota beliau sungguh senang aku nak paham, compare kalau bace ayat buku. memang tido la aku sejak muka surat pertama lagi. ni best ni jadik orang pandai. blaja pun senang. hurm, sejak dulu lagi, aku nak tanya orangorang terer stadi ni, dye makan ape yea? dye stadi cane? kenapa terer sangat? kalau sape2 ada jawapan, tolong kasi tahu yea. (jangan kedekut!)


jawab yea. aku tunggu ni!


sudah lama ase tak merepek kat blog ni. ye lah. malas bizi je memanjang.

walaupepun, entry kali ni, nak mintak maap dekat saudari aton sebab tak sempat membalas tag beliau. sudah dua kali kot beliau tag aku. kalau aku lah, kalau tag orang tu skali, pastu dye cam tak layan, jangan harap, harapan la aku nak tag sekali ag manusia tu. u are so nice la aton. tengs!



ni lah dua2 tag (award) yang di beri. sori yea lambat amek.


dua hari lepas, aku buat outing pertama dengan kamera aku ni, selepas lama mencari masa untuk keluar berdua. snap2 sket, pastu balik. masa aku gi taman, untuk amek gambor pukuk2 dekat situ, aku jumpa sorang mamat ni. beliau duk atas kerusi sambil main2 dengan sorang budak. budak tu, anak dye lah kot. takkan dye main ngan anak aku orang lain pulak... 

lepas men-snapsnap gambor, beliau tego aku.

laki tu: hoi manusia muka pelik!

ok. aku tipu. dye tego aku baik. meh, mula skali agi.

laki tu: awak suka amek gambar ea?
aku: yep. suka suka. hobi saya kot.. teee heee..
laki tu: awak dari mana?
aku: malaysia. tau tak katne mesia?

monolog: amek ko. mesti korang tak tau an mane malaysia. russian kuno!

laki tu: malaysia? tahu tahu. saya dulu pernah kerja dekat satu syarikat petrol dekat sana. 
aku: oooo... awak ni sape? dari mana?
laki tu: saya dari Kazakhstan. saya bercuti dekat sini selama dua hari. esok saya naik tren, akan ke Astrakhan. saya bersama isteri2 isteri saya. saya kerja di banyak2 tempat. saya pernah kerja dekat filipina. last year saya kerja dekat france. saya pernah kerja dekat afrika selama setahun.

monolog dalaman: betol ke mamat ni. entah2 bajet hebat kot.... tapi tengok kepada english dye yang fluent, dengan baju smart, mungkin betol la kot.. 'mungkin' (kuikuikui.)

tiba-tiba bini beliau datang dengan bawak plastik Supermarket MAN kaler ijau. dalam tu, ada banyak barang, tapi aku dapat detect choki choki jek.

monolog: choki choki jek? common' man! get a life!

laki tu: awak ni, wat pe sini?
aku: saya student. tu tempat saya belajar. (aku tunjuk dekat glavni korpus (main building) yang bersebelahan dengan taman tu)
laki tu: eh? betol ke sini? seriyos?
aku: ye.. betol la.... (mentang2 muka aku camni.. x caye aku budak medic... =__=)
laki tu: oo... ok lah. saya nak pergi da ni.
aku: ok2 sila. happy journey!

laki tu dan bini dan anaknya blah begitu sahaja. aku pun, turut blah jugak. wat ape lamalama dekat situ.

aku pun pergi la snap2 gambar sket, pastu balik. ada satu tempat aku nak pergi ni, tapi ada anjing dua ekor kat situ tengah bergurau senda beramah mesra. tak jadi la aku pi sane. entah masa aku tenga asek menyenap, tiba2 ase kaki kene jilat ke, suar kene gigit ke... kene samak la wei. baik aku cari port lain.

Lelaki Kazakhstan ni baik. tak macam Lelaki Jerman dalam post aku dulu. ish2. aku ni. bersangka buruk teros tengok laki tu. cam meragui je apa dye cakap. aku engat dye reka2 citer je cam dye ni bajet mantop kerje dekat banyak2 negara. dosa tuu.. kan su'uzon (bersangka buruk) tu adalah salah satu dosa besar... 
so, kawankawan, jauhi sikap ini yea.

ok lah. setakat ni dulu. wassalam

oops. sebelum terlupa. aku ada buat satu photoblog cikai2. nak letak gmbr yg aku amek masa aku outing ke, ape2 ke. senanye blog ni, da lama da. dulu aku buat untuk citer sal diari praktikal aku yang bosan tu. lepas tu, tgok orang buat blog dalam bahasa omputey,  aku nak wat jugak. tapi x tetap. ish2. last2 skali aku buat la blog gambar (arap2nye bertahan la yea). gambar tak la comey mana. tapi aku share je lah. feel free to visit!

tekan gambar ni yea.