Tuesday, March 16, 2010

Aku dan Lagu

PERHATIAN: POST NI SANGAT PANJANG.SAPA YANG X SKE BACE PANJANG2 BLEY P BLOG LEN... HARAP MAKLUM

apabila aku mendengar, aku merasa sesuatu yang sama....walaupun berulang kali...





aku berjalan ke pintu dewan, keadaan sekitarnya gelap..
sampai di depan pintu besar, ak berdiri..
tpat pkul 8:30 mlm..
tombol pintu besar ku perhatikan..nafas dalam aku tarik, tombol pintu ku pegang erat,
aku tolak!
pintu dewan terbuka..
aku melihat suasana dewan, masuk ke dalam sambil perhatikan langkah dihadapan..
lampu2 kalimantan di langit dewan cukup untuk memberikan cahaya kepada semua orang..
tetiba ada belon didepan ku..
ak ambil belon itu
"err, abg, bley x bagi belon tu, belon yg kitorang ikat td jatuh"
aku pun hulurkan belon tu sambil senyum..ak pandang ke hadapan terus ke pentas..
di kanan kiri aku kelihatan sibuk pelajar2 pompuan memasang render kain..
biru, putih, merah.. smua warna disatukan..
panjang, mula dari pintu utama dewan lagi.. sampai ke seat paling dpan skali..
aku toleh kekiri, ramai pelajar2 tingkatan 2 sedang menyapu lantai dewan,
ad juga yg menyusun kerusi di depan sana..
tangan kiri ku bersahaja..tangan kanan ku.. jari telunjuk ngn ibu jari dibalut musking tape..
sambil menggenggam erat bekas jarum.
kedengaran riuh dewan dengan bunyi dram dan deraman gitar..ak x tau lagu ini..
"my life.. you electrify my life.."
tp muzik nya buat ak lbey bersemangat.. aku terus mara ke atas pentas..
kelihatan beberapa orang plajar tgkatan 2 dan 3 menunggu ak..
aku memandang backdrop dewan, ak hela nafas panjang, panjat tangga..
aku dapatkan posisi paling selesa..
tali dan simetri backdrop sudah ku ukur ptang td..
"kimi, tolong bg huruf M kt abg"
pelajar tingkatan 2 itu patuh..
selepas memasang lampu kelip2, aku turun smula ke bumi..
jam menunjukkan waktunye.. 3 pagi..
aku undur ke belakang sedikit..
dan aku tersenyum..tugasan aku sudah selesai..
"MINGGU BAHASA MRSM ZON TIMUR 2006"





"mari menyusun seroja bunga seroja..aaaaa~"
"hiasan sanggul remaja putri remaja.."
kedengaran semua plajar laki2 tingkatan 2 menyanyi lagu seroja beramai2 
ketika berada di atas bas..
kawan2 aku semua senyum..masing2 berbual sesama sendri..
ad yang tido, ad yang khusyuk mendengar lagu dan melayan perasaan masing2..
yang pasti semua kepenatan..
kami baru sahaja pulang dari gotong royong sebuah masjid dkat kwsan yg agak pdalaman..
sempena minggu aktiviti..
aku xtau ap nama masjid tu..
tiba2 aku teringat ak bawa kamera..kamera tu kepunyaan abah.. aku pinjam..
ak kuarkan kamera tersebut, halakan ke depan dengan lensanye menghadap aku
aku jerit," kamera! senyum semua!"
kawan2 aku mula alihkan pandangan dan semua berebut2 kearah aku, hasrat ingin ambil bahagian dlm gmbr tersebut..
ad yg bertolak tolakkan..
bau busuk tubuh kami akibat peluk tidak dihiraukan..
semua sudah bersdia
aku ltakkan jari telunjuk diatas butang..
"KLIK!"




sudah penat mengemas pameran projek hidroelektrik di tingkat 3
masing2 menyiapkan diri dgan pakai baju batik maktab masing2..
ak masuk dewan besar MRSM Kuantan dgan berdebar..
semua orang kelihatan ranggi dengan baju batik masing2..ad yang memakai tali leher dgan baju batik... pelik, kn? tp ak x hiraukan..
ak sudah tiba dimeja makan khas untuk mktab ak.. agak terbelakang sdikit la..
walau begitu, backdrop yang tertulis
"PERTANDINGAN TUNAS SAINTIS MRSM SE-MALAYSIA 2007"
ak mampu baca dgan jelas..
slide show dimulakan, lagu ella kedengaran..
gambar2 kami sepanjang pertandingan dimulakan
muzik rancak dengan sorakan pelajar2 mrsm dari seluruh Malaysia
membuatkan ak berasa gentar..
teramat jarang ak mewakili pertandingan seperti ini..
setelah ucapan dari pengetua serta pegawai MARA, dengar irama rap Jay-z mula meriuhkan dewan
bunyi bass drum mule menggegarkan dewan..
acara penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan akan dimulakan..
smua orang menanti dalam penuh debaran,
termasuk aku..
"tanpa membuang masa lagi.. diumumkan pemenang pertandingan kategori...."




bas mutiara daripada shah alam yang bertolak pkol 9 mlm smalam, sudah tiba di jalan doktor, 
kota bharu tpat jam 5 pagi..
ak telah gtau abg melalui panggilan telefon, dan abang meminta aku menunggunya di hadapan bangunan tmnet dekat ngn stesen bas..
selang 15 minit silauan lampu kereta abg mula kelihatan..
ak masuk ke dalam kereta..
tangan abang yg dihulur ak genggam aku tunduk. ak cium..
betol, aku rindu abang sulung ku itu..
kereta abang laju membelah jalan pada waktu pagi ketika itu..
lampu merah semua dye langgari.. tp keadaan tenang, jalan kosong..

"bulan dengarkan lantunku bintang temani aku terangi gelap malamku..
aku ingin engkau tahu ku kan slalu menunggu hilangkan rasa letihku.."

kereta abang masih laju, tapi aku x merasa, dan ak merasa nyaman..
setiap lampu jalan yang dilalui aku perhatikan lampunya dan ia masih terang..
suasana gelap dingin pagi itu tidak terasa..
aku mula pusingkan badan ke arah tingkap sambil pandangan dilempar keluar..
melihat setiap perkara yang kami tinggalkan..
tenang..




"fakhrul, ko nk tolong ak x ni?" 
"maap la din, ak ad keje sket mlm ni.. really sorry friend.."
aku melihat wajah sahabatku itu, dan ak tersenyum..
cukuplah penat engkau pagi td..biar ak pula yg bekerja...
kwn ku itu meninggalkan aku keseorangan di makmal fizik
bersama2 dengan pastel2 warna, palette yg masih berwarna,
berus yang ku letak di dalam botol berisi air tu, ak capai kembali..
ak harus siapkan potret kereta ini mlm ni jga..
esok cikgu rosnizam hndak framekan dan masukkan dalam sampul..
ak beranikan diri, kuarkan telefo bimbit pemberian abg ku itu..
cari2 lagu.. dan ad satu yang menangkap mata ku..
lagu keep holding on bley buat lagu semangat, kn?
jam suda pukol 2 pg, dan ak mula mengantok.. lukisan ku sudah siap..
ak tenung, dan tenang..
aku keluar makmal, dan ku lihat bangunan akademik yang sunyi..
aku jerit
"keep holding on!!"
dan ak tersenyum..
lagu telefon bimbit ku matikan, kunci makmal ku genggam..
stelah dipusing 2 kali ke kanan, makmal terkunci..
aku balik keseorangan
sambil bersedia untuk menghadapi hari esok..