Tuesday, February 02, 2010

makan tangan kiri?


salam alaikum.. ari tu, satu malam tu, aku wt la shoutout ym aku,
"mana lbey utama, protokol atau sunnah?"
then, mlm tu, aku tito awal...


seawal paginye, aku tengok ym aku,
ad seorang ikhwan ni, dye anta pesanan kt aku..

salam
Saya pernah didebat oleh seorang penulis besar yaitu seorang tokoh yang sering menulis artikel di majalah-majalah dan kadang-kadang menulis tentang topic keislaman-tentang tuntunan makan dengan tangan kanan.Ia berkata bahawa hal itu bukan sunnah kerana ia hanyalah suatu bentuk adat kebiasaan belaka. Saya menjawab bahawa bukan begitu permasalahannya. Dalam masalah seperti ini, kita harus mempertikaikannya dengan cermat.

Benar, masalah makan dengan senduk dan garpu, atau makan di lantai atau di meja makan, adalah masalah yang bersifat praktikal, dan setiap orang melakukan hal itu sesuai dengan kebiasaan yang berlaku di tengah kaumnya; selama tidak ada indikasi yang menunjukkan bahawa suatu cara tertentu dilakukan sebagai bentuk beribadah, atau ada tuntunan sunnah di situ.

Sedangkan, masalah makan dengan tangan kanan, tampak dengan jelas adanya petunjuk Nabi saw. Untuk melakukan hal itu. Kerana, secara eksplisit Rasulullah saw. Memerintahkan hal itu, yaitu saat beliau bersabda kepada seorang anak, “Bacalah nama Allah, Nak, kemudian makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah makanan(hidangan) yang dekat dengan kamu.”

(Muttafaqun alaih)
Lebih jauh lagi, Rasulullah saw. Melarang melakukan tindakan sebaliknya, seperti dalam sabda beliau,”Hendaklah kalian tidak makan dan minum dengan tangan kiri kalian kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya.”(hadis riwayat Muslim dan at-Tirmizi)


Oleh kerana itu, ada ulama yang mengatakan bahawa hal itu menunjukkan keharaman (makan dan minum dengan tangan kiri) kerana beliau menyerupakan orang yang melakukan tindakan seperti itu dengan syaitan. Dan, beliau tidak pernah menyerupakan sesuatu perbuatan sebagai perbuatan syaitan dalam masalah yang makhruh.

Saat Rasulullah saw. Melihat seseorang makan dengan tangan tangan kirinya, beliau bersabda kepadanya,”Makanlah dengan tangn kananmu.”Orang itu menjawab, “Aku tidak bisa.” Rasulullah saw. Kembali bersabda, “Engkau pasti bisa.”(Hadis riwayat Muslim). Kemudian Rasulullah saw. Menyumpahi orang itu sehingga ia tidak lagi dapat mengangkat tangan kanannya setelah itu. Ini menunjukkan bahawa masalah ini (makan dengan tangan kanan) amat ditekankan.

Yusuf al-Qardhawi, Sunnah dan Bid’ah (Gema Insani Press)


ha.. tu la dye pye pesanan..InsyaAllah, same2 kite renungkan...
(ad la sebab nye nape dye anta pesanan ni.. aritu aku ad tanya dye,
bley ke mkn tgn kiri, sebab ak pernah
nmpk beberape member ak mkn tgn kiri bile pakai sudu garpu..
dan hari ni dye membalas soalan ak dgn jwpn dan nas2 lagi..
syukran anuar..

salam alaikum..



berpesan2 dan berilah peringatan slalu sesame kite..x rugi,kn?